Monday, April 30, 2012

Sehari Menjentik Minda


Assalamualaikum dan salam Kedah sejahtera.

Tarikh: 29 April 2012
Tempat: Dewan Ibnu Khaldun
Penceramah: CR Shuib bin Haji Hamid
Penglibatan: PISMP Sem. 1 Matematik. 1, Pendidikan Islam 1,
Pendidikan Khas 1, Pemulihan 1, Bed. TESL 1 dan Bahasa Cina.


Kumpulan Kuliah Bahasa Cina.

Kumpulan Kuliah Pendidikan Khas 1.


YDP dan CR Shuib.


Para kaunselor pelatih di HEP.





Saturday, April 28, 2012

Sehari Menjentik Minda

Assalamualaikum & salam keharmonian.


Tarikh: 29 April 2012
Masa: 2.00 petang - 4.30 petang
Tempat: Dewan Ibnu Khaldun


Semoga perkongsian ilmu ini mampu memberi inspirasi kepada kita untuk menjalani kehidupan sebagai seorang bakal guru dan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Thursday, April 26, 2012

Dari Lensa JPP: Gerai Jualan Semasa Kejohanan Olahraga Tahunan 2012

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia.

Tarikh: 26/4/2012
Tempat: Padang IPG Kampus Darulaman

Akhirnya, Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 sampai ke penghujungnya.
Syabas kepada semua pemenang. Sama ada anda meraih emas, perak mahupun gangsa, setinggi-tinggi tahniah diucapkan.
'Dari Lensa JPP: Kejohanan Olahraga Tahunan 2012' : disajikan dengan ragam dan gelagat warga IPG Kampus Darulaman.
Semoga kejohanan pada tahun akan datang, akan lebih meriah.
Selamat beristirehat di hujung minggu.

Cerianya muka ya!

Tuan Haji Rahim sempat bergaya depaan kamera. (^^)

Miss Tina dengan gaya comel. Hehehe...


Sempat tersenyum tatkala menunggu gerai makanan dibuka.








"Aiskirm! Aiskrim!" kata abang kita ni dengan penuh semangat. 


Terbaik! Hehehe...


"Mari! Mari! Setiap pembelian RM2 dan ke atas, dapat air percuma!".



Monday, April 23, 2012

Program Mahabbah Rasul


Program Mahabbah Rasul
23 April 2012
Ustaz Zainol Asri Ramli (Mudir Maahad Darul Hadis)


*digalakkan berpakaian putih
 "Rasulullah dicintai, sunnah dihayati"

Saturday, April 21, 2012

Kejohanan Olahraga Tahunan


KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) 2012
Tarikh : 26 April 2012
Tempat : Padang IPG Kampus Darulaman
Masa : 8.00 a.m



MAKLUMAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2012
Untuk makluman seluruh warga institut, Kejohanan Olahraga Tahunan akan diadakan pada 26 April 2012 

Berikut merupakan tentatif sebelum (15-18 April 2012) Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 berlangsung:

Latihan Rumah Sukan : Jam 5 p.m 
15 April 2012 (Ahad) - Perwira (Merah) dan Pahlawan (Hijau)
16 April 2012 (Isnin) - Pendekar (Kuning) dan Panglima (Biru)
17 April 2012 (Selasa) - Perwira (Merah) dan Pahlawan (Hijau)
18 April 2012 (Rabu) - Pendekar (Kuning) dan Panglima (Biru)


23 dan 24 April 2012, Jam 5 p.m : Sukantara

25 April 2012 (Rabu), jam 8.00am - 1.00pm :
Raptai kejohanan, peringkat saringan dan acara padang akan diadakan
- Atlet rumah sukan yg terlibat bagi acara lompat tinggi, lompat kijang, lontar peluru, 200m, 400m akan mendapat pelepasan kuliah

- Raptai penuh pula akan diadakan pada sebelah petang pada jam 2.30pm - 5.00pm

Kepada guru pelatih PISMP Semester 3, anda dikehendaki menghantar 30 ahli bagi setiap unit beruniform (KRS, PBSM, Pengakap, Pandu Puteri dan Puteri Islam) untuk perbarisan

**sebarang makluman akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

"MAJULAH SUKAN UNTUK IPDA"

WATIKAH PELANTIKAN JPP SESI 2012 / 2013


MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN JPP SESI 2012 / 2013

TEMPAT : DEWAN BESAR IPG KAMPUS DARULAMAN
TARIKH : 16 APRIL 2012


Suasana ketika majlis berlangsung

Menandatangani Watikah Pelantikan

Majlis Penyampaian Watikah

Bacaan Ikrar saf kepimpinan JPP 2012/13

Tahniah!! Selamat Menjalankan tugas dengan penuh amanah

"Dari Pelajar kepada Pelajar"

DIARI JPP 2012/2013 : Pengisian Rohani Mingguan

-20/4/2012- Surau Taman Siswa

Mula : 8.30 a.m

"Siapa yang berjalan di jalan ilmu, Allah swt akan memudahkan jalannya ke syurga" 
(Riwayat Muslim)



Slot 1 : Ustaz Hafiz Haji Mustafa Lubis (Pengerusi Sehati)

-Siapa yang menuntut ilmu kerana akhirat, merekalah yang beruntung kerana mendapat petunjuk Allah swt
(Kita sentiasa nak dapat petunjuk daripada Allah swt, tetapi pernahkah kita berusaha ke arah itu?

-Jika niat menuntut ilmu kerana Allah swt > akan ditunjuk jalan sampai kepada Allah swt.
(Ya Allah, kami ingin sentiasa berada di jalan yang akan membawa diri ini sampai kepada-Mu)

         Dunia itu lebih sedikit daripada yang sedikit...
         Pandangannya lebih hina daripada yang hina...
         Dunia akan mengikut sekelompok manusia
         Mereka yang tergilakan dunia
         Akan hidup tanpa arah teraba-raba mencari jalan.

-Jika inginkan kasih datang kepada kita  (seluruh ciptaan samaada yang bernyawa atau tidak), dapatkan dulu kasih daripada Allah swt.
(Kita sering nak dapatkan kasih sayang makhluk, tetapi pernahkah kita tanya pada diri- Sudahkah kasih kepada Allah swt berada dalam setiap nafas yang diberikan)

Slot 2 : Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam AlBanjari

                        ''Besarnya Nikmat IMAN yang Allah swt berikan pada kita''

-Adakah anda sedar, melalui nikmat iman ada yang mengiringinya sampai kepada kita yang tidak ternilai harganya.

1.Iman
2.Kebahagian.
3.Ketenangan.
4.Jaminan dan pemeliharaan Allah swt
5.Harapan yang kuat untuk diampunkan dosa dan selamat di akhirat.

*Kita begitu jauh dengan Rasulullah saw... jauh dari sudut masa.... jauh dari sudut salasilah keturunan... jauh dari sudut geografi... apatah lagi dari sudut kecintaan jika hendak dibandingkan dengan cinta para sahabat Rasulullah saw...

(Namun pernahkah kita bersyukur dipilih dalam nikmat Islam dan Iman, walaupun kita begitu jauh dan tidak pernah menatap wajah kekasih Allah swt ini. Namun Allah swt memberikan nikmat Islam dan iman kepada kita)


*Fahamilah bahawa Allah swt lebih tahu apa yang terbaik untuk kita
Setiap telah tercatat rezeki masing-masing. Ada yang dikurniakan rezeki melimpah ruah. Ada yang dikurniakan rezeki secukup keperluan.. 

fikirkan....

Mengapa ibu bapa bagi duit belanja anak pergi ke sekolah sehari lebih kurang RM3... sekaya mana sekalipun tidak lah sampai beri duit saku ke sekolah RM1000 sehari... APA AKAN JADI KEPADA ANAK YANG DIBERIKAN BANYAK DUIT BELANJA

Fahamilah bahawa Allah swy lebih tahu apa yang terbaik untuk kita...

Allah swt bagi rezeki sikit2, kerana sayangkan kita...kerana nak bagi kita ingat kat Allah swt... manusia kan kalau susah baru ingat Allah swt :)

Nantikan sambungannya....








Friday, April 20, 2012

Aktiviti Biro Teknologi Maklumat & Penerbitan #3#

Assalamualaikum & salam Kedah sejahtera.


Perkara: Makan Malam Ringkas
Tarikh: 19 April 2012


Syukur ke hadrat Ilahi, pada kali ini ahli-ahli Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan dapat sekali lagi berkumpul dan meluangkan masa bersama-sama setelah beberapa minggu sibuk dengan tugasan masing-masing.
Makan malam ringkas ini diadakan adalah untuk meluangkan masa bersama-sama antara ahli-ahli dan membincangkan perkara2 berkaitan biro. Selain itu, acara makan malam yang ringkas ini merupakan salah satu tanda ucapan terima kasih terhadap ahli-ahli sekretariat yang sentiasa berada bersama-sama kami untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

Makan...!

Bila nak mula ni?

Budu? Heheheh....

Ini cara letak sos.

Berborak-borak dulu sebelum makan

"Tidak semestinya apa yang kita rasakan betul, adalah benar pada pandangan orang lain.

Tidak semestinya apa yang mereka kata salah, adalah salah pada kita. Keikhlasan bukan sesuatu yang konkrit, boleh dilihat oleh mata kasar. Namun hanya nawaitu kita sendiri yang menjadikannya ikhlas atau tidak dan yang lebih mengetahui hanyalah DIA,".

Wednesday, April 18, 2012

Nasihat Untuk Si Gadis

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Perkongsian pada kali ini adalah nasihat untuk para gadis, bakal pendidik bangsa satu hari nanti. 

Melati,
Jadilah seperti lebah,
Selalu hinggap di bunga-bunga yang semerbak
Dan ranting-ranting yang segar.

Melati,
Jangan diberi kesempatan kepada diri kalian
Untuk mencari kelemahan dan kesalahan orang lain.

Melati,
Jika Allah sentiasa bersama mu, 
Siapa yang harus engkau takuti?
Jika Allah menjadi musuh mu,
Maka pada siapa engkau akan berharap?

Melati,
Api cemburu dan hasad dengki
Sering membakar tubuh itu
Ibarat api yang membara.

Melati,
Bertingkah lakulah dengan akhlak mu
Yang lebih indah dan cantik
Dari sebuah taman.

Walaupun nasihat ini ringkas tetapi ada maksud yang tersembunyi untuk kita semua.
Selamat malam.
Jadikan hari semalam satu pengajaran dan hari esok merupakan diari baru untuk kita meneruskan kehidupan kita, di samping teman-teman.

Sumber: Jangan Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia (Dr. 'Aidh Bin' Abdullah Al-Qarni)

Sunday, April 15, 2012

Krew INSPIRASI 2012

Anda berbakat dalam bidang fotografi, grafik design 
dan bidang kewartawanan ?

Pernah menjadi Editor Majalah Sekolah?

Ayuh serlahkan bakat anda dengan menyertai krew Sidang Redaksi Majalah INSPIRASI Ipg Kampus Darulaman... 

Temui kami pada hari Rabu ini (18.4.2012), 
jam 5.00 petang di Pusat Kegiatan Pelajar.


Friday, April 13, 2012

Manisnya Menjadi Gadis


Makluman kepada semua pelajar perempuan...

Pada 14 April 2012 akan diadakan satu ceramah "Manisnya Menjadi Gadis" oleh salah seorang finalis rancangan "Ustazah Pilihan" di Dewan Za'aba pada pukul 8.00 malam.. 

Pelbagai isu menarik yang akan dikupaskan...


Gotong-Royong Perdana 2


Program Gotong-Royong Perdana 
Kolej Kediaman Perempuan

Tarikh : 11 April 2012 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari







Gotong-Royong Perdana 1


Program Gotong-Royong Perdana 
Kolej Kediaman Lelaki

Tarikh : 11 April 2012 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari







Pertandingan menceriakan tandas.
Tandas yang bersih membawa kepada pengamalan 
gaya hidup yang sihat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...