Wednesday, June 27, 2012

KAJIAN PENILAIAN PEMBANGUNAN PROJEK RMK9


KAJIAN PENILAIAN PEMBANGUNAN PROJEK RMK9 (2005-2010)

Kementerian Pelajaran Malaysia sedang menjalankan penilaian terhadap aktiviti ke arah memperbaiki lagi prestasinya. Kami sangat mengharapkan kerjasama pensyarah, pelajar dan staf dalam memberi maklum balas terhadap aspek-aspek tentang jaringan kampus, sistem ILMU dan Kelengkapan ICT yang disediakan oleh IPGM. Segala maklumat yang dikumpulkan adalah SULIT dan digunakan untuk tujuan kajian semata-mata. Maklum balas yang jelas dan terperinci akan dapat membantu kami memperbaiki dan memperkuatkan lagi jaringan kampus demi kepentingan melahirkan guru yang berkualiti. Kerjasama dan bantuan pelajar dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.



ARAHAN :

1. Sila klik URL mengikut jenis responden

2. Isi borang soalselidik dan pastikan anda menekan butang 'SUBMIT'



Hanya kepada Pelatih SEMESTER 6 dan 8 sahaja.

SOAL SELIDIK KEPADA PELATIHhttps://docs.google.com/spreadsheet/viewform?pli=1&formkey=dDdIV0VTcXR6VldkbGw0bVlkLXRMZnc6MQ#gid=0


Hanya Pensyarah yang pernah berkhidmat di IPG sebelum tahun 2010 sahaja.

SOAL SELIDIK KEPADA PENSYARAH
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGlDMG1LR3pPRXdaNUMyXzJSamg2dkE6MQ#gid=0


Hanya Staf dan Pentadbir yang pernah berkhidmat di IPG sebelum tahun 2010 sahaja.


SOAL SELIDIK KEPADA PEGAWAI DAN STAF IPG
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dDlxN3A2MHRybjd0SjBJZVFiNjk0WlE6MQ#gid=0



Hanya Kakitangan Teknikal yang pernah berkhidmat di IPG sebelum tahun 2010 sahaja.

SOAL SELIDIK KEPADA KAKITANGAN TEKNIKAL IPG
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dERjS2RuZFpmOS1SVG9SdEhYaEM1S2c6MQ#gid=0


Hanya Staf Perpustakaan yang pernah berkhidmat di IPG sebelum tahun 2010 sahaja.

SOAL SELIDIK KEPADA STAF PERPUSTAKAAN IPG
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGZDWkZPTjUwWXV6d2tyd3RnNWlXREE6MQ#gid=0

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Wednesday, June 13, 2012

Relaks Dengan Info Sihat #6#

Assalamualaikum dan salam Kedah sejahtera.

Agak lama tidak dikongsi tip-tip kesihatan dengan pembaca sekalian. Baiklah, pada kali ini, sambil-sambil kita berehat dan kembali semula ke IPG dengan azam yang baru serta wajah yang ceria, jom kita baca dan amalkan tip untuk mengekalkan kecantikan kulit menggunakan bahan semula jadi!

Kentang

Sesiapa sahaja antara kita amat menggemari kentang, terutamanya untuk mengalas perut di saat perut berkeroncong. Namun, tahukah anda bahawa kentang boleh digunakan sebagai salah satu bahan semula jadi untuk mencantikkan kulit wajah? Sayuran ini mengandungi potasium, zat besi, karbohidrat serta Vitamin A, B dan C, yang mana menjadi pelengkap kepada bahan antioksidan dan memperlahankan proses penuaan. Masker kentang sesuai untuk golongan yang mempunyai masalah kulit yang berminyak dan berjerawat.
Caranya:
- Buang kulit kentang.
- Kisar.
- Sapu pada bahagian kulit berjerawat. ( 2x seminggu, selama 30 minit)
- Cuci dengan air suam.

Pisang

Baiklah, siapa yang tidak kenal pisang? Selain enak dijadikan sebagai pengat dan kuih-muih, jangan terkejut buah ini sangat baik untuk mengatasi kedutan kulit. Kulit wajah akan menjadi lebih lembap dan tegang. 
Caranya:
- Lenyekkan isi pisang.
- Tambahkan minyak zaitun atau madu pada pisang yang telah dihancurkan.
- Sapu pada wajah. Biarkan selama 30 minit.
- Bersihkan wajah dengan menggunakan kapas yang dibasahi dengan air suam.

Setakat ini sahajalah perkongsian ilmu pada kali ini. Cubalah ya! Semoga hari-hari anda yang mendatang dihadapi dengan wajah yang ceria, hati yang tenang dan kesabaran yang tinggi kerana dugaan mematangkan dan mengajar kita. Elakkan tekanan untuk kesihatan yang unggul.


(Sumber: Harian Metro, Khamis, 16 Februari 2012)

Monday, June 11, 2012

Allahhumma solli'ala Muhammad~



jom kawan2 kita banyakkan berselawat ke atas Baginda~ 
banyak kelebihannya :D 

Allahhumma solli'ala Muhammad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...