Wednesday, May 16, 2012

TAYANGAN LAYAR BESAR



Makluman :

Kepada semua warga Kolej Kediaman Lelaki IPGKDA.. 

Pada hari Sabtu 19/05/2011 akan diadakan TAYANGAN LAYAR BESAR Perlawanan Akhir Bola Sepak PIALA FA diantara

Kelantan FA vs Sime Darby FC

Oleh itu, marilah sama-sama kita memenuhi Gelanggang Takraw L1 untuk menyaksikan Perlawanan Akhir ini...

aaaayyyyuuuuhhhhhh!!!!!!!

GOMO KELATE GOMO~ !!!!!!!
SIME DARBY, SIME DARBY, SIME DARBY~ !!!!!!!


Guru Insan Penting


Selain pengorbanan ibu-bapa, Cikgu merupakan insan terpenting untuk sesiapa sahaja berjaya dalam dunia ini. Takkan wujud Perdana Menteri tanpa seorang guru. Begitu juga artikek, peguam, usahawan dan tentulah juga Blogger tanpa bermula menerima ajaran dari seorang guru di sekolah. Terima kasih cikgu!


P/s: Ibarat lilin yang membakar diri untuk melihat anak bangsanya berjaya. Syabas kepada anda semua yang kini bergelar seorang guru mahupun bercita-cita ingin menjadi seorang guru.

(YDP JPP IPGKDA 2012/2013)


>>Selamat Hari Guru<<

GURU yang BERIMAN ibarat mentari yang berkilau
GURU yang SEJATI pewangi yang mengharumkan
GURU yang SETIA menjadi pendorong setiap impian
GURU berhati MULIA membawa 1001 kebaikan


Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru diucapkan kepada Rektor, Timbalan Rektor IPGM Induk serta warga IPGM sekalian dan khususnya kepada Pengarah, Timbalan Pengarah dan seluruh warga IPG Kampus Darulaman. 

Mudah-mudahan dengan sambutan Hari Guru ini akan meningkatkan lagi keazaman kita untuk  sentiasa menjunjung aspirasi negara dan wawasan 2020. InshaAllah


-Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara-


Tulus Ikhlas dari : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Darulaman sesi 2012/2013

Wednesday, May 9, 2012

Majlis Penghargaan JPP 2012/13


...SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN...




ANUGERAH BIRO TERBAIK

Tempat pertama: Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan.

Tempat Kedua: Biro Kebajikan dan Sosial.

Tempat Ketiga: Biro Keusahawanan.



Jamuan Akhir Semester JPP 2012/2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tarikh: 9 Mei 2012
Tempat: Pusat Kegiatan Pelajar
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Jemputan: Puan Suriani binti Mat Jusoh dan YM Tuan Rosdan bin Tuan Muda

Syukur ke hadrat Ilahi, satu mesyuarat akhir telah dijalankan di IPG Kampus Darulaman. Tujuan mesyuarat tersebut dijalankan adalah untuk menyusun atur takwim JPP sesi 2012/2013 untuk aktiviti sepanjang tahun.
Di samping itu, jamuan ringkas juga diadakan. Inilah sebahagian gambar-gambar kenangan yang sempat
dirakam.

YM Tuan Rosdan dan YDP Naqiuddin _ makan.


Puan Suriani _ bila nak makan?

Dahagalah lepas mesyuarat! (^_^)

Tambah ya Bendahari!

Senyum semua!

Saturday, May 5, 2012

Lagu Tema Hari Guru 2012



Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan

Lagu : Rosman  bin Adam
Lirik  : Zainal Ariffin bin Yusof


download lagu : Lagu Tema 2012

Friday, May 4, 2012

Warkah buat Pengarang Akhbar Perdana


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Sebelum saya memulakan bicara, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada pihak tuan yang barangkali akan rasa kurang senang dengan komentar yang akan saya utarakan kepada pihak tuan ini. Namun, sebagai rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab, saya rasa ianya tidak dapat tidak perlu diluahkan mengikut saluran yang betul seperti ini demi kepentingan sejagat apatah lagi dalam usaha kita meneroka ke arah negara maju dan bertamadun.

Perkara yang menjadi subjek utama komentar saya ini adalah berkaitan dengan 'kualiti' kandungan penerbitan akhbar perdana tuan (Utusan Melayu). Akhir-akhir ini, saya melihat kandungan akhbar tuan agak keterlaluan dalam menyampaikan maklumat dan berita kepada masyarakat. Sebagai akhbar perdana, pihak tuan pastinya sedar bahawa akhbar tuan menjadi tatapan segenap lapisan masyarakat tidak kira di luar bandar mahupun bandar, peringkat umur dan perbezaan fahaman politik. Saya sendiri merupakan salah seorang daripada pembaca akhbar tuan. Justeru, kandungan berita atau laporan yang dinyatakan perlu juga mengambil kira impak dan implikasinya terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Sebagai rakyat Malaysia, saya juga sedar betapa medan politik merupakan medan 'panas' dan cukup sensitif. Namun, amat mengecewakan sekiranya akhbar perdana dijadikan saluran utama menjadi medan provokasi pihak tertentu tanpa melihat kesan jangka masa panjang terhadap pembentukan masyakat dan negara Malaysia. Sebagai contoh, akhbar tuan yang bertarikh 2 Mei 2012 yang memaparkan berita utama 'front page' bertajuk 'Azmin Nafi skandal Seks' dilihat sebagai penerbitan media yang tidak menjunjung nilai intelek dan amalan integriti.

Saban hari, guru di sekolah berusaha mendidik anak bangsa dengan penerapan nilai-nilai murni, berpegang teguh kepada agama dan mempunyai jati diri yang unggul. Namun, jika saban hari juga mereka didedahkan dengan 'bahan bacaan' dengan paparan-paparan yang tidak bermoral sekalipun bertujuan mendedahkan 'kebenaran' yang masih dalam siasatan saya kira saban hari juga masalah sosial akan terus berleluasa. Di sekolah atau di perpusatakaan sekolah saya kira akhbar tuan memang menjadi bahan bacaan umum berbanding dengan akhbar seperti Harakah, Suara Keadilan dan sebagainya. Oleh kerana itulah, saya berharap agar, akhbar tuan melihat isu ini dengan lebih serius dalam menyampaikan maklumat yang beretika kepada umum.

Bersama-samalah kita membentuk sebuah tamadun bangsa Malaysia yang bermoral dan beretika selaras dengan hasrat kerajaan sejak 'dahulu' lagi ingin membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu, bermoral dan berakhlak mulia. Bahan media cetak seperti tuan yang saya anggap bacaan segenap lapisan masyarakat jangan terlalu mengutamakan kepentingan 'sendiri' untuk mencapai sesuatu tanpa mengira batas-batas paparan. Matlamat tidak menghalalkan cara.
Sekali lagi, sebelum saya menutup komentar ini saya memohon maaf kepada pihak tuan dan berharap pihak tuan mengambil serius akan isu ini. Kadangkala perubahan angin masyarakat terutamanya golongan mahasiswa kerana jelek dan mual dengan berita yang terlalu berbaur politik semata-mata.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,


emel kepada : pengarang@utusan.com.my


Relaks Dengan Info Sihat #3#

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat berhujung minggu. Sambil melayan ragam keluarga, rehat di asrama, jom kita intai pengisian info sihat pada kali ini. Selamat membaca.

Kisah Protein
Tidak kiralah sesibuk mana pun anda, atau betapa disiplinnya anda dalam diet, pastikan sumber protein diambil dengan secukupnya. Pastikan sumber protein itu adalah sumber-sumber semulajadi. Protein merupakan nutrien yang terpenting di samping membantu mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot mendapat bekalan secukupnya. Jadi, peka terhadap makanan yang mengandungi nutrisi yang diperlukan badan seperti protein!

Nasi Bukan Punca Utama
Anda percaya bahawa dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung nasi akan mempercepatkan penurunan berat badan. Namun kepercayaan itu adalah kurang tepat. Hal ini kerana bukan sahaja nasi yang perlu anda kurangkan, malah gula, minyak dan lemak juga perlu dikurangkan. Kesimpulannya, janganlah tidak makan nasi tetapi masih makan benda bergoreng banyak!

Jangan Tidur Ketika Lapar
Maknanya semua kena tidur dalam keadaan kenyanglah? Tidak. Dengan kata lain, jangan biarkan diri anda tidur dalam keadaan lapar kerana ini tidak membantu mempercepatkan pengurangan berat badan anda. Makan pada lewat malam tidak akan menggagalkan program diet anda sekiranya pengambilan karbohidrat dapat dielakkan pada waktu itu. Pilihlah sumber protein dan serat seperti susu rendah lemak atau buah-buahan sebelum tidur. Jadi, kalau tengah belajar lewat, jangan ambil makanan ringan pula! Sediakan sedikit bekalan buah-buahan dalam bilik atau rumah anda.


Rujukan: Majalah rapi (bil. 187). Edisi 1 Mei 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...