Friday, May 4, 2012

Relaks Dengan Info Sihat #3#

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat berhujung minggu. Sambil melayan ragam keluarga, rehat di asrama, jom kita intai pengisian info sihat pada kali ini. Selamat membaca.

Kisah Protein
Tidak kiralah sesibuk mana pun anda, atau betapa disiplinnya anda dalam diet, pastikan sumber protein diambil dengan secukupnya. Pastikan sumber protein itu adalah sumber-sumber semulajadi. Protein merupakan nutrien yang terpenting di samping membantu mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot mendapat bekalan secukupnya. Jadi, peka terhadap makanan yang mengandungi nutrisi yang diperlukan badan seperti protein!

Nasi Bukan Punca Utama
Anda percaya bahawa dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung nasi akan mempercepatkan penurunan berat badan. Namun kepercayaan itu adalah kurang tepat. Hal ini kerana bukan sahaja nasi yang perlu anda kurangkan, malah gula, minyak dan lemak juga perlu dikurangkan. Kesimpulannya, janganlah tidak makan nasi tetapi masih makan benda bergoreng banyak!

Jangan Tidur Ketika Lapar
Maknanya semua kena tidur dalam keadaan kenyanglah? Tidak. Dengan kata lain, jangan biarkan diri anda tidur dalam keadaan lapar kerana ini tidak membantu mempercepatkan pengurangan berat badan anda. Makan pada lewat malam tidak akan menggagalkan program diet anda sekiranya pengambilan karbohidrat dapat dielakkan pada waktu itu. Pilihlah sumber protein dan serat seperti susu rendah lemak atau buah-buahan sebelum tidur. Jadi, kalau tengah belajar lewat, jangan ambil makanan ringan pula! Sediakan sedikit bekalan buah-buahan dalam bilik atau rumah anda.


Rujukan: Majalah rapi (bil. 187). Edisi 1 Mei 2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...