Monday, July 30, 2012

Berbuka di Restoran Lynda


Pada 29 Julai 2012 yang lalu, barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013 mengadakan Majlis berbuka puasa bersama-sama di Restoran Lynda, Kuala Perlis. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran oleh para pensyarah penasihat JPP.

... Al-Quran tetap di hati ...

Restoran tempat kami berbuka pada hari ini

Sempat posing lak dulu sebelum makan

Santapan makanan kami

Makan dulu, jangan dok main handphone lak...

Suasana riang-ria semasa makan

Barisan pensyarah penasihat yang turut bersama-sama

Pn Suriani bersama keluarganya

Jemput makan yee... 

Senyum.... 1,2,3...

Keindahan Masjid Al-Hussain tatkala malam menyelubungi

"Selamat Berbuka Puasa" kepada semua muslimin dan muslimat... 
Berbukalah dengan penuh kesyukuran dan jangan terlalu mengikut nafsu sehingga membazir

'Salam Ramadhan al-Mubarak'

Thursday, July 26, 2012

CERAMAH BULANAN



CERAMAH BULANAN "Mengespresi Erti Solehah"

Insyallah pada  27 Julai 2012, Jumaat akan diadakan satu ceramah yang akan disampaikan oleh Pn Hajah Nazrah bt Yusof bertempat di Dewan serbaguna Kolej Kediaman P1 pada jam 11.00 pagi

Kehadiran semua guru pelatih wanita Ipg Kampus Darulaman diwajibkan. Moga kehadiran kita semua untuk menuntut ilmu mendapat ganjaran di bulan Ramadhan yang diberkati ini.

Wednesday, July 25, 2012

Lawatan MQA


Pada 24 dan 25 Julai 2012, IPG Kampus Darulaman telah menerima tetamu khas sempena Lawatan Penilaian Perakuan Akreditasi PISMP Pendidikan Pemulihan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Antara panel penilaian dari MQA ialah Prof. Madya Dr. Haniz Ibrahim dari UPSI, Prof. Madya Dr. Loh Sau Cheong dari UM, dan Prof. Madya Dr. Lee Lay Wah.

Penilaian ini adalah melibatkan pelajar-pelajar yang mengikuti jurusan Pendidikan Pemulihan di IPG Kampus Darulaman dan pensyarah-pensyarah yang terlibat. 

Kami selaku Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) turut ditemual bual oleh mereka bagi mendapatkan maklumat kasar mengenai Kebajikan Pelajar dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sepanjang berada di dalam kampus IPG Darulaman.

Kami dari pihak JPP mendoakan agar penilaian ini berjalan dengan lancar dan akreditasi ini mendapat kelulusan dari pihak MQA .


"SALAM 1 VISI, SALAM 1 ASPIRASI"

Tuesday, July 17, 2012

Laporan Lawatan Aspirasi ke IPG Ipoh

Pada jam 9.30 pagi, kami bertolak dari IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka ke IPG Kampus Ipoh untuk lawatan penanda aras seterusnya. 


Kami tiba di IPG Kampus Ipoh pada jam 4.30 petang dan disambut mesra oleh tuan rumah. Kunjungan balas kami ke IPG Ipoh ini adalah sebagai tanda jalinan ukhwah yang terbina hasil kunjungan JPP IPG Ipoh ke IPDA sebelum ini.

Kami dibawa melawat ke Bilik JPP dan menikmati juadah minuman petang yang disediakan sendiri oleh JPP IPG Ipoh. 
Selepas itu, kami dibawa melawat sekitar kawasan kampus IPG Ipoh. Pada jam 7.00 petang, kami bertolak semula ke IPDA, Sinar Ilmu di Utara

Dilaporkan oleh :

MOHD ZULQARNAIN BIN ABDOL RAHMAN
Ketua Projek Lawatan Aspirasi ke IPG Perempuan Melayu Melaka

Laporan Lawatan Aspirasi ke IPG Perempuan Melayu Melaka


Perjalanan kami (27 orang JPP dan 5 orang sekretariat) menuju IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka bermula pada jam 8.00 malam pada 12 Julai, Khamis.

Keesokkan harinya tepat jam 7.30 pagi, kami semua berkumpul di dewan makan untuk menjamu sarapan pagi yang telah disediakan.

Selepas sarapan pagi. tepat jam 9.00 pagi kami telah dibawa oleh rakan-rakan JPP IPMM untuk membuat lawatan ke sekitar kawasan IPMM. Kami telah dipecahkan mengikut beberapa kumpulan di mana turut melibatkan IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Pada jam 10.00 pagi, kami berkumpul di Dewan Tun Fatimah untuk sesi taaruf pimpinan JPP IPMM dan ucapan alu-aluan oleh YDP JPP IPMM dan Ketua Jabatan HEP.

Pada jam 12.00 tengah hari, kami bertolak ke Masjid Ulu, Melaka untuk menunaikan solat Jumaat. Selesai solat, kami menjelajah sekitar kawasan sejarah kota A'Famosa.

Pada jam 6.30 petang, kami bertolak pulang semula ke IPMM dan menikmati makan malam bersama-sama saf kepimpinan JPP IPG Zon Utara. 

Seterusnya, pada jam 9.00 malam, kami semua berkumpul di dalam Dewan Tun Fatimah untuk diskusi umum. Diskusi dimulakan dengan perbincangan antara YDP-YDP yang mewakili setiap IPG iaitu IPDA, IPSAH, I4P, IPTB, IPP, IPMM dan IPTHO.

Program diteruskan lagi dengan diskusi secara khusus mengikut Biro masing-masing. Tepat jam 12.30 malam, diskusi ditamatkan dan mencapai kata putus.

Pada keesokkan harinya, pada jam 8.30 pagi, kami mengikuti majlis penutupan di Dewan Tun Fatimah. Sebagai menghargai jasa baik dan ucapan terima kasih, kesemua IPG Zon Utara dan IPMM bertukar-tukar cenderamata. 

Pihak tuan rumah turut meraikan rakan-rakan yang menyambut ulang tahun kelahiran. Majlis berakhir jam 9.30 pagi.Semoga lawatan ini mampu mengeratkan lagi ukhwah antara kedua-dua IPG dan bertukar-tukar pendapat dan pandangan.


Dilaporkan oleh :
MOHD ZULQARNAIN BIN ABDOL RAHMAN
Ketua Projek Lawatan Aspirasi ke IPG Perempuan Melayu Melaka

TENTATIF JELAJAH PINTAR



Lawatan Aspirasi ke IPG Perempuan Melayu Melaka

KHAMIS (12/7/2012)

8.00 malam - Berkumpul di hadapan blok P2
8.30 malam - Bertolak ke IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
9.30 malam - Berhenti di R&R Gurun (Solat Isya)
10.30 malam - Meneruskan perjalanan


JUMAAT (13/7/2012)

5.15 pagi - Sampai di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
5.30 pagi - Pendaftaran penginapan peserta
7.30 pagi - Sarapan pagi di bilik JPP IPMM
8.00 pagi - Lawatan sekitar IPMM
10.30 pagi - Berkumpul di Dewan Tun Fatimah
12.15 tengah hari - Makan Tengah hari
12.50 tengah hari - Bertolak ke Masjid (Solat Jumaat)
2.15 petang - Melawat tempat-tempat bersejarah
6.15 petang - Bertolak balik ke IPMM
8.30 malam - Makan Malam
9.00 malam - Diskusi antara IPG Zon Utara, IPMM dan IPTHO


SABTU (14/7/2012)

7.30 pagi - Sarapan Pagi
8.00 pagi - Majlis Penutup
9.30 pagi - Bertolak ke IPG Ipoh



Lawatan Aspirasi ke IPG Kampus Ipoh

SABTU (14/7/2012)

9.30 pagi - Bertolak ke IPG Kampus Ipoh
4.30 petang - Tiba di IPG Kampus Ipoh
5.00 petang - Melawat Bilik JPP IPG Ipoh
5.30 petang - Minum petang
6.00 petang - Melawat sekitar kawasan IPG Ipoh
7.00 petang - Bertolak pulang ke IPG Darulaman


Monday, July 16, 2012

Ziarah Kebajikan Rumah Terbakar


Pada 16 Julai 2012, pihak JPP di bawah Biro Kebajikan beserta Ustaz Hafedz Salleh selaku wakil pensyarah melakukan ziarah kebajikan terhadap seorang pelajar PISMP Sains Semester 8, Farah Izzati Sauli yang ditimpa musibah kebakaran rumahnya...

Keadaan di hadapan rumah mangsa

Perabot yang rentung dijilat api

Mampu tersenyum walaupun hebat diuji


Kami dari Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013 mengucapkan takziah atas musibah yang menimpa saudari  Farah Izzati Sauli . Semoga anda tabah menghadapi ujian yang menimpa anda

Wednesday, July 11, 2012

Senamrobik 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia





Pada 10 Julai 2012 yang lalu bertempat di Dewan Besar IPG Kampus Darulaman, satu program Senamrobik 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia telah dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia.

Bermula pada pukul 7.15 pagi, semua warga IPG Kampus Darulaman berkumpul dan tepat pada jam 8.00 pagi, program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia itu dijalankan. Program ini berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh warga IPDA.




Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah IPDA, Tuan Haji Hashim bin Asman dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Encik Ahmad Shukri bin Mustaffa serta para pensyarah IPDA bagi memeriahkan lagi sesi senamrobik itu.


Acara sebegini bukan sahaja mampu memupuk rasa cinta kepada sukan, malah membina kecergasan serta stamina dan pada masa yang sama otak yang cerdas datang dari badan yang cergas.

Tuesday, July 10, 2012

Lawatan Penanda Aras IPG Kampus Ipoh


Assalamualaikum dan salam aspirasi...

Syukur ke hadrat Ilahi, pada 7 hingga 8 Julai 2012, IPG Kampus Darulaman telah menerima lawatan daripada IPG Kampus Ipoh.  Dengan kehadiran ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ipoh sesi 2012/2013, pelbagai pandangan dan pendapat yang dikongsi melalui aktiviti diskusi yang dijalankan antara kedua-dua wakil pelajar IPG.

Antara memori yang sempat dirakam oleh lensa JPP IPG Kampus Darulaman.

Titik permulaan ukhwah dibina melalui sesi taaruf.

Ucapan alu-aluan oleh YDP IPG Kampus Darulaman.

Ucapan perkenalan oleh YDP IPG Ipoh.

Santapan ayam bakar dan sosej untuk meraikan tetamu.

Barisan JPP 2012/2013 dari IPG Kampus Ipoh yang sedang menjamu selera.

Barisan pemimpin ayu yang tidak melepaskan peluang bergaya di hadapan lensa JPP IPG Kampus Darulaman.

Suasana semasa sesi diskusi antara kedua-dua buah IPG.

Diskusi bersama-sama membincangkan aktiviti2 JPP.

:)   Seusai perbincangan. Senyum!  (:

Kenangan sebelum menjamu selera.

Jom pekena dulu sebelum balik... Senyum lagi!

Cenderahati kenangan buat IPG Kampus Ipoh.


Memori terakhir sebelum berpisah.

JPP IPG KAMPUS DARULAMAN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DI ATAS LAWATAN 37 ORANG AHLI JPP IPG KAMPUS IPOH SEMPENA LAWATAN PENANDA ARAS KE INSTITUT KAMI


SEMOGA LAWATAN INI MENJADI TITIK TOLAK PERSAHABATAN DI ANTARA KITA.

SEGALA SALAH DAN SILAP SEPANJANG KUNJUNGAN ANDA KE SINI KAMI HARAP DIMAAFKAN.

Kalau ada sumur di ladang,
bolehkah kami menumpang mandi,
kalaulah ada umur yang panjang,
bolehkah kita berjumpa lagi?

" UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADAA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...