Perjalanan kami (27 orang JPP dan 5 orang sekretariat)
menuju IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka bermula pada jam 8.00 malam pada 12
Julai, Khamis.
Keesokkan harinya tepat jam 7.30 pagi, kami semua berkumpul di dewan makan untuk menjamu sarapan pagi yang telah disediakan.
Selepas sarapan pagi. tepat
jam 9.00 pagi kami telah dibawa oleh rakan-rakan JPP IPMM untuk membuat lawatan
ke sekitar kawasan IPMM. Kami telah dipecahkan mengikut beberapa kumpulan di
mana turut melibatkan IPG Kampus Sultan Abdul Halim.
Pada jam 10.00 pagi, kami berkumpul di Dewan Tun Fatimah
untuk sesi taaruf pimpinan JPP IPMM dan ucapan alu-aluan oleh YDP JPP IPMM dan
Ketua Jabatan HEP.
Pada jam 12.00 tengah hari, kami bertolak ke Masjid Ulu,
Melaka untuk menunaikan solat Jumaat. Selesai solat, kami menjelajah sekitar
kawasan sejarah kota A'Famosa.
Pada jam 6.30 petang, kami bertolak pulang semula ke IPMM
dan menikmati makan malam bersama-sama saf kepimpinan JPP IPG Zon Utara.
Seterusnya, pada jam 9.00 malam, kami semua berkumpul di dalam Dewan Tun
Fatimah untuk diskusi umum. Diskusi dimulakan dengan perbincangan antara
YDP-YDP yang mewakili setiap IPG iaitu IPDA, IPSAH, I4P, IPTB, IPP, IPMM dan
IPTHO.
Program diteruskan lagi dengan diskusi secara khusus
mengikut Biro masing-masing. Tepat jam 12.30 malam, diskusi ditamatkan dan
mencapai kata putus.
Pada keesokkan harinya, pada jam 8.30 pagi, kami mengikuti
majlis penutupan di Dewan Tun Fatimah. Sebagai menghargai jasa baik dan ucapan
terima kasih, kesemua IPG Zon Utara dan IPMM bertukar-tukar cenderamata.
Pihak
tuan rumah turut meraikan rakan-rakan yang menyambut ulang tahun kelahiran.
Majlis berakhir jam 9.30 pagi.Semoga lawatan ini mampu mengeratkan lagi ukhwah antara kedua-dua IPG dan bertukar-tukar pendapat dan pandangan.
Dilaporkan oleh :
MOHD ZULQARNAIN BIN ABDOL RAHMAN
Ketua Projek Lawatan Aspirasi ke IPG Perempuan Melayu Melaka
No comments:
Post a Comment