SALAM PERPADUAN, SALAM 1 MALAYSIA.
MOHON PERHATIAN SEMUA PELAJAR PISMP.
Satu Perbincangan telah diadakan antara saya bersama YDP JPP
pada jam 11.00 pagi 05.07.2012 (Khamis) di Bilik Penolong Akauntan, IPG KDA.
Ada bersama adalah Pn. Nor Aishah bt Din (PT yang menguruskan Elaun dan Tambang
Guru Pelatih IPG KDA).
Satu persetujuan telah dicapai dalam perbincangan tersebut
bagi menyelesaikan masalah yang timbul berkenaan tuntutan tambang.
1. Bagi semua Pelajar PISMP yang telah balik kampung pada
cuti Semester 25.05.2012 hingga 09.06.2012 dan mahu menuntut tambang perjalanan
sama ada Pelajar Semenanjung mahupun Sabah/Sarawak, sila kemukakan permohonan
yang lengkap melalui Ketua Kelas/Wakil Kelas (Sertakan bersama Senarai nama) ke
Unit Kewangan & Akaun dalam tempoh 8 hari bermula hari ini 05.07.2012
(Khamis) hingga 12.07.2012 (Khamis) sebelum jam 3.30 petang. Pelajar yang akan
menuntut pada tempoh ini tidak layak menuntut pada hujung tahun ini.
2. Bagi mana - mana pelajar yang tidak mahu menuntut tambang
perjalanan pada kali ini (Tempoh cuti Semester 25.05.2012 - 09.06.2012, boleh
berbuat demikian pada Hujung tahun ini iaitu November 2012. (Prosedur tuntutan
adalah sama - melalui Ketua Kelas dan disertakan senarai nama) (Tarikh akhir
penghantaran akan dimaklumkan nanti)
Mohon semua pelajar tidak salah faham dengan maklumat yang
baru dimaklumkan. Penyataan ini jelas dikemukakan kepada YDP JPP semasa
perbincangan pagi tadi.
**Makluman ini adalah terpakai bagi Tahun 2012 sahaja
tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
***Sebarang perubahan bagi Tahun 2013 dan seterusnya akan
diputuskan dalam Keputusan Mesyuarat Bersama Pengarah & Pihak Pengurusan
IPG KDA.
# Perbincangan yang dirancang untuk diadakan pada 05.07.2012
(Khamis) jam 11.00 pagi antara JPP dan wakil pengurusan ditangguh ke satu tarikh
sehingga Pengarah kembali bertugas. Satu mesyuarat rasmi akan diadakan.
Sehubungan itu, sila kemukakan sebarang permasalahan atau cadangan secara
bertulis kepada JPP IPGKDA untuk dibincangkan bersama. Sila ambil maklum.
Sekian, terima kasih.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteaslmkm.... knapa ipda tak guna sistem " ipda beli tiket utk student" dan " student x payah da bt tuntutan" sprti yg menjadi isu panas hari ini....
ReplyDeletesstm ni da lma di buat oleh ipg lain.. dan ternyata pelajar berpuas hati dngn sistem ini~~
tidak semua yg puas hati nanti malik... apa2 pun bawa berbincang dahulu dgn rakan2.. :)
ReplyDelete