Friday, March 30, 2012

Relaks Dengan Info Sihat #4#

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Baiklah, sempena dengan Kempen IPDA Lestari: Gaya Hidup Sihat, suka sekali untuk dikongsi dengan seluruh warga IPG Kampus Darulaman dan pelawat blog ini beberapa menu sihat. Siapa tidak pernah dengar atau tidak tahu pun makanan yang dipanggil 'kerabu'? Bukan nasi kerabu tahu!
Jom, sama-sama lihat dan pilihlah ya! Ops, jangan risau ya! Kerabu ini tidak perlu dimasak menggunakan kuali atau dapur. Sambil tengah sibuk dengan tugasan, boleh saja sediakan bahan-bahan dan makan!

Kerabu Kacang Botol

Kepada sesiapa yang tidak mengenali kacang botol, inilah rupa ulam yang enak, rapuh dan mudah dijaga. Lagi enak kalau dicicah dengan budu!

Bahan-bahan
- 5 batang kacang botol
- 1 - 2 batang serai
- 3 - 4 cili padi
- 1 biji bawang besar
- 1 batang bunga kantan
- 2 biji limau nipis
- Kerisik
- Garam

Cara Menyediakan
- Hiriskan semua bahan di atas.
- Masukkan ke dalam mangkuk.
- Masukkan sedikit garam dan kerisik.
- Gaulkan kesemua bahan yang telah dicampur.
- Perahkan sedikit limau nipis untuk menambahkan rasa masam.
- Sediakan dan makan sambil  tengok drama..~

Apakah khasiat kacang botol yang menghijau ini? Jika dibandingkan dengan sayuran kekacang yang lain, kacang botol mengandungi protein yang lebih tinggi.

Kerabu Ulam Selom

Bagi golongan muda pada hari ini, ulam selom mungkin tidak popular. Mungkin antara pembaca sendiri ada yang tertanya-tanya. Bagaimanakah rupa dan bentuk ulam selom?
Ingat tak? Mudah sahaja untuk dicari di pasar malam. Salah satu kebaikan ulam selom ini adalah air rebusannya boleh dijadikan penawar untuk demam panas, selesema dan kencing berdarah. Jom, kita cuba resepi di bawah!

Bahan-bahan
- 2 ikat daun selom (potong 2 inci)
- 1 - 2 batang serai (dihiris)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 1 batang bunga kantan (dihiris)
- 2 biji limau nipis
- Garam secukup rasa

Cara Menyediakan
- Basuh daun selom hingga bersih.
- Campurkan semua bahan yang dihiris tadi ke dalam satu bekas dan letakkan sedikit garam.
- Gaulkan.
- Perahkan asam limau untuk rasa masam.
- Sediakan dan nikmati bersama-sama rakan.

Akhir kata, selamat mencuba! 

Aktiviti Biro Teknologi Maklumat & Penerbitan #2#

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selepas aktiviti yang pertama baru-baru ini, semalam satu lagi aktiviti yang dijalankan oleh semua ahli biro. Setelah menghias beberapa papan kenyataan di kawasan yang telah ditetapkan, giliran papan kenyataan berhampiran Pusat Kegiatan Pelajar dan Kafe Kantan pula menjadi pusat operasi kami.
Di bawah adalah sedikit sebanyak cerita di sebalik tugasan kami.


Selepas mencabut sisa paku
tekan dan kertas lama, inilah hasilnya.

Dengan penuh hati-hati.
Awak yang hujung tu tengah buat apa?
 

Tampal kain hijau pula!
Sebelah sana warna apa ya?

"Kalaulah boleh saterika kain ni.
Buat baju Melayu pun cantik!"

Kerja sampingan _ menyiapkan hiasan
untuk papan kenyataan AMT.

"Huruf pa dia tak tau ni!"

Dijemur untuk keringkan gam.

Hasilnya... tunggu!

"Ha, cuci situ! Gosok, gosok!"

Alahai, kasihan cik adik
duduk menyiram tengah panas!

Selepas cermin dibasuh dan kering,
masa untuk diletakkan di tempatnya kembali.

"Hati-hati Andy!"
"Ya lah, benda ni berat tahu!"
Akhir kata, selalulah tersenyum sekalipun diri dilanda masalah. Biarpun tidak mampu menenangkan hati sendiri, sekurang-kurangnya mampu menyenangkan orang sekeliling kita.

Wednesday, March 28, 2012

Aktiviti Biro Teknologi Maklumat & Penerbitan #1#

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Setelah berhari-hari merancang untuk melaksanakan tugas yang diberikan kepada Biro Teknologi Maklumat & Penerbitan, pada hari Selasa (27/3/2012), kami (pengerusi & para seketariat) berkumpul dan bekerjasama menghias kembali papan kenyataan di depan Dewan Zaaba dan di depan Pusat Kegiatan Pelajar. Dengan ahli seramai 12 orang, kami membahagikan tugas kepada setiap ahli.
Dengan kesungguhan dan sifat kreatif yang ada pada setiap ahli jawatankuasa, tugasan tersebut telah berjalan dengan lancar.
Semoga pada satu hari nanti, semangat dan kerjasama seperti inilah yang diperlukan dalam sesebuah pasukan.
Akhir kata, semoga segala yang dilakukan itu dirahmati dan diredhai oleh-Nya.

Apa agaknya yang dilakukan?

Kumpulan Pertama: Mereka bentuk carta organisasi JPP sesi 2012/2013.
Tempat: Bilik Gerakan JPP.

Pembahagian dan penerangan tugasan.

Para AJK bersemangat menggunting kertas.

Sebelum direka bentuk dan dihias.

Tekunnya! (^^)

Proses terakhir!

"Hah, gini cara tampalnya!". Akhirnya, siap!


Kumpulan kedua: Menghias papan kenyataan.
Tempat: Hadapan Pusat Kegiatan Pelajar.

Papan kenyataan yang telah dikosongkan.

Rajinnya Pengerusi Biro kita ni!

"Eh, cantik pulak kain ni!". 

Selepas bertungkus-lumus selama satu jam, inilah hasilnya!


Kumpulan Ketiga: Menghias semula papan kenyataan JPP.
Tempat: Hadapan Dewan Za'ba.

Keadaan papan kenyataan sebelum AJK memulakan tugasan.

"Cabut! Cabut!".

Merancang hiasan yang akan diletakkan.

Tampal elok-elok ya! Jangan sampai tergolek.

Akhirnya, inilah hasil kreatif yang ditunjukkan
oleh kesemua Kumpulan Ketiga. Apa pandangan anda?

"Yeah, kami dah siap!"



Kempen IPDA Lestari & Perjumpaan Kolej Kediaman

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pada hari Isnin (26/3/2012) dan Selasa (27/3/2012), satu perjumpaan antara warden dengan semua penghuni Kolej Kediaman IPG Kampus Darulaman. Perjumpaan tersebut dilakukan selama dua hari berturut-turut. Pada hari Isnin, perjumpaan warden dengan pelajar lelaki, manakala pada hari Selasa, perjumpaan warden dengan pelajar perempuan. Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi sesi 2012/2013 turut hadir. Walaupun perjumpaan tersebut dilakukan pada hari berbeza, namun pengisian maklumat yang disampaikan hampir sama.

Pada masa yang sama, Yang Dipertua JPP, Naqiuddin bin Nazli, telah menyampaikan satu taklimat mengenai Kempen IPDA Lestari. Antara pengisian yang terkandung dalam ucapannya adalah tujuan, tema dan beberapa aktiviti yang telah dirancang dan akan dijalankan mengikut tarikh yang akan ditetapkan. Kempen IPDA Lestari merupakan satu usaha yang dilaksanakan oleh seluruh Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk mendidik para bakal guru untuk menyayangi alam sekitar dan berupaya menghasilkan satu pembaharuan dalam hidup kita. IPG Kampus Darulaman telah memilih 'Gaya Hidup Sihat'  sebagai tema untuk menjayakan program IPG Lestari ini. Selain daripada itu, sebanyak lapan aktiviti yang dinyatakan dalam taklimat ringkasnya, iaitu:
(1) sehari berpakaian putih dan hijau,
(2) hari makanan sihat,
(3) menghijaukan kolej kediaman pelajar,
(4) IPDA Hour,
(5) pertandingan melukis poster,
(6) pertandingan menceriakan tandas,
(7) penubuhan pusat kitar semula, dan
(8) kempen melalui facebook dan blog.

Sehari Berpakaian Putih dan Hijau
Pada hari tersebut (tarikh akan ditetapkan kemudian), seluruh warga IPG Kampus Darulaman diwajibkan memakai pakain putih dan hijau. Rasionalnya pemakaian pakaian putih atau hijau, adalah dapat mengurangkan haba diserap terlalu banyak oleh pakaian. Kesannya, apabila badan kita kurang menyerap haba, sistem daya tahan badan kita akan terjaga dan sekaligus menguatkan lagi sistem ketahanan badan kita.

Hari Makanan Sihat
Aktiviti kedua yang dirancang adalah sehari tanpa makanan yang kandungan gulanya tinggi, berminyak dan sebagainya. Dengan kata lain, pada hari tersebut semua makanan yang akan disediakan di tiga buah kafe yang terdapat di IPG Kampus Darulaman adalah makanan yang direbus dan hanya air masak yang akan disediakan.

Menghijaukan Kolej Kediaman Pelajar
Menurut YDP lagi, satu gotong-royong perdana akan dilaksanakan oleh kedua-dua kolej kediaman lelaki dan wanita pada satu tarikh yang akan diputuskan. Pada masa yang sama, mana-mana penghuni yang mampu dan sanggup mendermakan satu pokok kepada setiap kolej kediaman masing-masing, amat digalakkan. Aktiviti menanam pokok-pokok hijau akan turut dilaksanakan. Rasionalnya aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengindahkan lagi suasana sekitar kolej kediaman. Selain itu, tumbuh-tumbuhan hijau akan memberi ketenangan kepada kita dan membersihkan udara di sekitar kita.

IPDA Hour (Kempen Tanpa Elektrik)
Mungkin rancangan ini kedengaran seperti 'Earth Hour'. Ya tetapi dilakukan dengan cara yang berbeza. Boleh dikatakan bahawa kempen satu jam tanpa elektrik adalah serampang dua mata. Hal ini kerana, pada masa yang sama setiap penghuni kolej kediaman diwajibkan beriadah. Elektrik akan ditutup selama satu jam dan satu senam seni akan dilakukan. Di sini, kita dapat melihat dengan jelas kesannya kepada kita. Pertama, penggunaan elektrik di kolej kediaman dapat dikurangkan selama satu jam pada setiap bulan dan kesan yang kedua adalah tubuh badan kita akan menjadi sihat jika riadah dilakukan secara teratur.

Pertandingan Melukis Poster
Walaupun pertandingan ini belum dipersetujui, tetapi ia masih berada dalam salah satu aktiviti yang akan dianjurkan, dengan kolaborasi bersama-sama Proketa. Tema yang dipilih adalah gaya hidup sihat. Yang menariknya, poster yang terpilih akan dibawa dan dipamerkan di Institut Pendidikan Guru Temenggung Ibrahim.

Pertandingan Menceriakan Tandas
Selain daripada pertandingan melukis poster, satu pertandingan menceriakan tandas akan dilakukan di kolej kediaman pelajar. Pertandingan ini adalah salah satu usaha untuk menggalakkan penghuni kolej kediaman bersemangat untuk menjaga kebersihan dan keceriaan tandas masing-masing. Tandas yang bersih mencerminkan sikap penggunanya.

Penubuhan Pusat Kitar Semula
Aktiviti yang seterusnya adalah penubuhan pusat kitar semula di kawasan sekitar kolej kediaman. Beberapa tong akan disediakan di setiap kolej kediaman dan tong-tong tersebut akan ditandakan supaya warga IPG Kampus Darulaman dapat mengasingkan sampah-sarap yang dibuang oleh mereka pada setiap hari. Dengan cara ini, kita bukan sahaja mendidik dan mendedahkan warga IPG Kampus Darulaman mengenai kitar semula, kita juga akan mengurangkan bilangan sampah-sarap yang dibuang.

Kempen Melalui Facebook dan Blog
Oleh kerana masa kini merupakan zaman ledakan teknologi maklumat tanpa batasan, kempen melalui media elektronik ini dirasakan penting dan bermanfaat. Bukan sahaja mampu berkongsi maklumat dengan warga kampus ini sendiri, malahan mendedahkan kepada masyarakat luar mengenai kewujudan IPG Kampus Darulaman dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh semua pelajar kampus ini.

Itulah serba sedikit mengenai Kempen IPDA Lestari. Diharap seluruh warga IPG Kampus Darulaman menyokong dan terus memberikan kerjasama kepada JPP IPG Kampus Darulaman dalam menjayakan setiap aktiviti yang bakal dijalankan.
Sepintas lalu perjumpaan antara warden dengan semua penghuni kolej kediaman;
(a) Tuan Rasydan - memberi peringatan mengenai beberapa disiplin yang wajib dipatuhi.
(b) Tuan Haji Rahim
(c) Puan Suriani - beberapa isu mengenai kolej kediaman dan penghuninya.

Jom, santai dengan ragam warga IPG Kampus Darulaman!


Sempat bergambar ya! 3 jejaka kacak.

Inilah Pengerusi Biro Kediaman kita _ Cikgu Fitri.

Eh, 1 Malaysia ke atau mahu bergambar lagi?

Perjumpaan Dengan Warden & Penghuni Kolej Kediaman Lelaki.

Tersenyum saja cikgu-cikgu kita ni bila nampak kamera! (^^)

Dengan semangat adik kita ni sengih.

Barisan JPP 2012/2013 yang turut hadir.

Bila nak mula ni? (T_T)

Sebahagian daripada puteri-puteri IPG Kampus Darulaman.

Inilah YDP kita yang tengah berucap!

Perjumpaan antara warden dengan penghuni kolej kediaman perempuan.

Monday, March 26, 2012

5 Tips Memilih Teman Baik



Saye suke kucing...:)

"Seseorang berada di atas agama kawannya."
Demikian pesan Nabi kita. 
Kenapa ye?
Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita.
Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya.
              Maka,
Carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.
Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah.

              Nak cari di mana?
Hmm, memang susah nak cari.
Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam hidup kita.
Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka 'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom, hargai kawan-kawan di sekeliling kita hari ini juga.

              Bagaimana menghargai?
Oh! Anda jauh lebih kreatif daripada saya. Jika tiada kreativiti, mintalah idea daripada Allah yang Maha Kreatif, sumber inovasi kita semua. Serulah nama-nama-Nya yang kreatif, Ya Kholiq, Ya Musowwir, Ya Badi'.
Terasa kreativiti-Nya sangat dekat, kan?

              Kalau kawan tu tak beragama, macam mana?
Berkawanlah dengan sesiapa sahaja. Namun untuk mengangkat seseorang sebagai 'kawan baik', perhatikanlah sungguh-sungguh agamanya.

              Apa kata ulama yang kita sayangi?
Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: “Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.” Syarat-syaratnya ialah:

1.   Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.

2.   Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.

3.  Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.

4.   Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.

5.    Orang yang benar perkataannya:  Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.

~Fatimah Syarha~

Relaks Dengan Info Sihat #3#

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Info Ringkas ini adalah perkongsian pengetahuan yang ringkas dan pantas mengenai topik utama yang dipilih. Adakah benar mengambil air putih secara berlebihan bahaya kepada kita? Bukankah kita digalakkan minum air putih? Mungkin ada di antara anda yang keliru dan sebaliknya.

Sememang meminum 8 gelas air putih  dalam sehari digalakkan untuk menyingkirkan toksik dari tubuh. Ramai yang melakukan terapi air putih, malangnya dengan cara yang salah. Sekiranya air putih diambil secara berlebihan, air yang diminum akan diserap ke saluran pencernaan dan masuk ke pembuluh darah. kesannya, isipadu darah semakin bertambah dan sekali gus akan membebankan fungsi jantung dan ginjal. Hal ini kerana jantung bagaikan dipaksa untuk mengepam darah dengan lebih cepat dan ginjal didesak untuk mengeluarkan cairan dengan lebih cepat.

Kesimpulannya, jangan minum air putih sehingga 1.5 liter sekaligus. Bersederhanalah dalam segala hal.
Akhir kata, jagalah kesihatan anda dan sebagai bakal pendidik, kita harus bijak menilai perkara yang terbaik untuk diri kita sendiri.

Sumber: Majalah Rapi (Februari 2012)

Sunday, March 25, 2012

Relaks Dengan Info Sihat #2#

Assamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Sekali lagi, jom kita berkongsi ilmu mengenai info kesihatan yang ringkas tetapi penuh makna dan padat.
Pada kali ini, kita lihat beberapa maklumat mengenai diet. Kaum Hawa memang sinonim dengan perkara ini! 

1. Kiwi. Siapa tidak kenal kiwi? Sekarang kita bercakap mengenai buah kiwi tau! Bukan burung kiwi. Mungkin ada di antara kita tidak menggemari rasa buah ini tetapi buah yang berwarna hijau ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Serotonin dalam buah kiwi mampu menenangkan. Karotin, antioksidan termasuklah vitamin C dan E pula membantu mencegah pengoksidaan kolestrol baik (HDL).
2. Senaman aerobik merupakan salah satu senaman yang tidak asing lagi bagi kita, terutamanya bagi generasi muda pada masa kini. Lakukan senaman aerobik sekurang-kurangnya 20 minit pada satu sesi dan empat hingga lima kali seminggu. Jadikan ia sebagai satu senaman yang rutin. Mungkin ada yang malu untuk melakukan senaman aerobik kerana pasti kita akan terbayangkan pergerakan yang diiringi muzik dan kita berjoget. Tidak! Berjalan cepat, berlari atau berbasikal juga dikira sebagai senaman aerobik!

3. Aiskrim dan makanan ringan. Wah, terbayangkan sahaja makanan segera itu, mulut kita pasti akan berair dan nafsu makan kita memuncak! Kurangkan mengambil makanan ringan dan aiskrim kerana anda akan menjadi ketagih untuk mengunyah.


4. Tidur dan diet saling berkaitan. Bagaimana? Penelitian yang dilakukan oleh pihak Universiti Chicago baru-baru ini merumuskan bahawa metabolisme wanita akan meningkat sebanyak 40% jika mereka tidur dengan cukup. Buat kaum Hawa, baca elok-elok! Tidur dengan CUKUp, bukan dengan LEBIH! 




Setakat ini sahajalah perkongsian ilmu pada kali ini. Selamat bergembira dan kepada rakan-rakan yang terlibat dengan Bina Insan Guru, semoga berjaya.

Sumber: Majalah Rapi (1 Februari 2012)

Friday, March 23, 2012

Gotong-Royong Pusat Kegiatan Pelajar



Aktiviti pertama JPP 2012/2013 
Membersihkan bilik gerakan dan stor 
di Pusat Kegiatan Pelajar pada 19 Mac 2012 lalu

Tekun sungguh YDP kita

Senyum semacam je niee.. ada pe2 kee???

Cerianya mereka... 

Angkat elok2... nanti jatuh lak...

Rajinnyeee... Anak sape ye niee??

Susun jangan tak susun...

Tu diaaaa... abg macho kita...

Kutip semua sampah tu yeee...

Buat pe tu? Cari harta karun kew... 

Barisan pemuda harapan negara

Angkat elok2 yee...

Nak buat apa le ngan kertas nie?? ^_^

Banyak sungguh yee sampah...  

Terbaik leee... Kemas gileee..

"Kebersihan separuh daripada iman"

Wahhh.. kan dah bersih dan cantik


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...