Wednesday, March 28, 2012

Kempen IPDA Lestari & Perjumpaan Kolej Kediaman

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pada hari Isnin (26/3/2012) dan Selasa (27/3/2012), satu perjumpaan antara warden dengan semua penghuni Kolej Kediaman IPG Kampus Darulaman. Perjumpaan tersebut dilakukan selama dua hari berturut-turut. Pada hari Isnin, perjumpaan warden dengan pelajar lelaki, manakala pada hari Selasa, perjumpaan warden dengan pelajar perempuan. Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi sesi 2012/2013 turut hadir. Walaupun perjumpaan tersebut dilakukan pada hari berbeza, namun pengisian maklumat yang disampaikan hampir sama.

Pada masa yang sama, Yang Dipertua JPP, Naqiuddin bin Nazli, telah menyampaikan satu taklimat mengenai Kempen IPDA Lestari. Antara pengisian yang terkandung dalam ucapannya adalah tujuan, tema dan beberapa aktiviti yang telah dirancang dan akan dijalankan mengikut tarikh yang akan ditetapkan. Kempen IPDA Lestari merupakan satu usaha yang dilaksanakan oleh seluruh Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk mendidik para bakal guru untuk menyayangi alam sekitar dan berupaya menghasilkan satu pembaharuan dalam hidup kita. IPG Kampus Darulaman telah memilih 'Gaya Hidup Sihat'  sebagai tema untuk menjayakan program IPG Lestari ini. Selain daripada itu, sebanyak lapan aktiviti yang dinyatakan dalam taklimat ringkasnya, iaitu:
(1) sehari berpakaian putih dan hijau,
(2) hari makanan sihat,
(3) menghijaukan kolej kediaman pelajar,
(4) IPDA Hour,
(5) pertandingan melukis poster,
(6) pertandingan menceriakan tandas,
(7) penubuhan pusat kitar semula, dan
(8) kempen melalui facebook dan blog.

Sehari Berpakaian Putih dan Hijau
Pada hari tersebut (tarikh akan ditetapkan kemudian), seluruh warga IPG Kampus Darulaman diwajibkan memakai pakain putih dan hijau. Rasionalnya pemakaian pakaian putih atau hijau, adalah dapat mengurangkan haba diserap terlalu banyak oleh pakaian. Kesannya, apabila badan kita kurang menyerap haba, sistem daya tahan badan kita akan terjaga dan sekaligus menguatkan lagi sistem ketahanan badan kita.

Hari Makanan Sihat
Aktiviti kedua yang dirancang adalah sehari tanpa makanan yang kandungan gulanya tinggi, berminyak dan sebagainya. Dengan kata lain, pada hari tersebut semua makanan yang akan disediakan di tiga buah kafe yang terdapat di IPG Kampus Darulaman adalah makanan yang direbus dan hanya air masak yang akan disediakan.

Menghijaukan Kolej Kediaman Pelajar
Menurut YDP lagi, satu gotong-royong perdana akan dilaksanakan oleh kedua-dua kolej kediaman lelaki dan wanita pada satu tarikh yang akan diputuskan. Pada masa yang sama, mana-mana penghuni yang mampu dan sanggup mendermakan satu pokok kepada setiap kolej kediaman masing-masing, amat digalakkan. Aktiviti menanam pokok-pokok hijau akan turut dilaksanakan. Rasionalnya aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengindahkan lagi suasana sekitar kolej kediaman. Selain itu, tumbuh-tumbuhan hijau akan memberi ketenangan kepada kita dan membersihkan udara di sekitar kita.

IPDA Hour (Kempen Tanpa Elektrik)
Mungkin rancangan ini kedengaran seperti 'Earth Hour'. Ya tetapi dilakukan dengan cara yang berbeza. Boleh dikatakan bahawa kempen satu jam tanpa elektrik adalah serampang dua mata. Hal ini kerana, pada masa yang sama setiap penghuni kolej kediaman diwajibkan beriadah. Elektrik akan ditutup selama satu jam dan satu senam seni akan dilakukan. Di sini, kita dapat melihat dengan jelas kesannya kepada kita. Pertama, penggunaan elektrik di kolej kediaman dapat dikurangkan selama satu jam pada setiap bulan dan kesan yang kedua adalah tubuh badan kita akan menjadi sihat jika riadah dilakukan secara teratur.

Pertandingan Melukis Poster
Walaupun pertandingan ini belum dipersetujui, tetapi ia masih berada dalam salah satu aktiviti yang akan dianjurkan, dengan kolaborasi bersama-sama Proketa. Tema yang dipilih adalah gaya hidup sihat. Yang menariknya, poster yang terpilih akan dibawa dan dipamerkan di Institut Pendidikan Guru Temenggung Ibrahim.

Pertandingan Menceriakan Tandas
Selain daripada pertandingan melukis poster, satu pertandingan menceriakan tandas akan dilakukan di kolej kediaman pelajar. Pertandingan ini adalah salah satu usaha untuk menggalakkan penghuni kolej kediaman bersemangat untuk menjaga kebersihan dan keceriaan tandas masing-masing. Tandas yang bersih mencerminkan sikap penggunanya.

Penubuhan Pusat Kitar Semula
Aktiviti yang seterusnya adalah penubuhan pusat kitar semula di kawasan sekitar kolej kediaman. Beberapa tong akan disediakan di setiap kolej kediaman dan tong-tong tersebut akan ditandakan supaya warga IPG Kampus Darulaman dapat mengasingkan sampah-sarap yang dibuang oleh mereka pada setiap hari. Dengan cara ini, kita bukan sahaja mendidik dan mendedahkan warga IPG Kampus Darulaman mengenai kitar semula, kita juga akan mengurangkan bilangan sampah-sarap yang dibuang.

Kempen Melalui Facebook dan Blog
Oleh kerana masa kini merupakan zaman ledakan teknologi maklumat tanpa batasan, kempen melalui media elektronik ini dirasakan penting dan bermanfaat. Bukan sahaja mampu berkongsi maklumat dengan warga kampus ini sendiri, malahan mendedahkan kepada masyarakat luar mengenai kewujudan IPG Kampus Darulaman dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh semua pelajar kampus ini.

Itulah serba sedikit mengenai Kempen IPDA Lestari. Diharap seluruh warga IPG Kampus Darulaman menyokong dan terus memberikan kerjasama kepada JPP IPG Kampus Darulaman dalam menjayakan setiap aktiviti yang bakal dijalankan.
Sepintas lalu perjumpaan antara warden dengan semua penghuni kolej kediaman;
(a) Tuan Rasydan - memberi peringatan mengenai beberapa disiplin yang wajib dipatuhi.
(b) Tuan Haji Rahim
(c) Puan Suriani - beberapa isu mengenai kolej kediaman dan penghuninya.

Jom, santai dengan ragam warga IPG Kampus Darulaman!


Sempat bergambar ya! 3 jejaka kacak.

Inilah Pengerusi Biro Kediaman kita _ Cikgu Fitri.

Eh, 1 Malaysia ke atau mahu bergambar lagi?

Perjumpaan Dengan Warden & Penghuni Kolej Kediaman Lelaki.

Tersenyum saja cikgu-cikgu kita ni bila nampak kamera! (^^)

Dengan semangat adik kita ni sengih.

Barisan JPP 2012/2013 yang turut hadir.

Bila nak mula ni? (T_T)

Sebahagian daripada puteri-puteri IPG Kampus Darulaman.

Inilah YDP kita yang tengah berucap!

Perjumpaan antara warden dengan penghuni kolej kediaman perempuan.

2 comments:

  1. well done anak-anakku

    ReplyDelete
  2. bagus program2 yang dianjurkan. semoga dapat berkolaborasi dan mengeratkan ukhwah dengan jpp ipda :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...