Friday, February 1, 2013

PILIHAN RAYA KAMPUS 2013


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.


Satu Pilihan Raya Kampus akan diadakan di IPG Kampus Darulaman bagi memilih ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2013/2014. Sehubungan itu, Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus 2013 (JPRK 2013) akan mengadakan Pilihan Raya Kampus pada Khamis, 21 Februari 2013.

Justeru, tarikh penamaan calon ialah pada 4 Februari 2013 (Isnin). Borang pencalonan akan diedarkan kepada wakil Ketua Kelas masing-masing mulai 30 Januari 2013 dan juga boleh didapati di Pusat Kegiatan Pelajar. Pencadang dikehendaki menghantar borang pencalonan tersebut selewat-lewatnya pada 4 Februari 2013 (Isnin) sebelum jam 5.00 petang di Pusat Kegiatan Pelajar.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...