Showing posts with label Biro Penerbitan. Show all posts
Showing posts with label Biro Penerbitan. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Program JPP sepanjang tahun 2012

Berikut merupakan program dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2012/2013 sepanjang tahun 2012

Penggal 1/2012

19/3       Gotong-royong Pusat Kegiatan Pelajar

26/3       Perjumpaan Asrama Lelaki

27/3       Perjumpaan Asrama Perempuan

28/3       Majlis Serah Tugas

4/4         Majlis Pelantikan Sekteriat

              IPDA HOURS (Malam) sempena IPDA Lestari

9/4         IPDA HOURS (Petang) sempena IPDA Lestari

11/4       Gotong Royong Perdana dan Senam Seni IPDA Lestari

12/4       IPDA HOURS, Wacana Ilmu

              Kempen Makanan Sihat

14/4       Ceramah Manisnya Gadis

16/4       Sehari Berpakaian Putih dan Hijau

              Watikah Perlantikan JPP

26/4       Kejohanan Olahraga Tahunan

29/4       Sehari Menjentik Minda



Penggal 2/2012

20/6       Sambutan Hari Guru

25/6       Minggu Pengurusan Pelajar Baharu PPISMP ambilan 2012

28/6       Program Transformasi Pemimpin Mahasiswa Pendidik 
              JPP IPG Zon Utara

8/7         Lawatan Penanda Aras oleh JPP IPG Ipoh
10/7       Senamrobik 1 Murid 1 Sukan
13/7       Lawatan ke IPG Perempuan Melayu Melaka

14/7       Lawatan ke IPG Ipoh

16/7       Ihya Ramadhan

              Ziarah Kebajikah Rumah Terbakar

18/7       Perjumpaaan Asrama

25/7       MQA

29/7       Majlis Berbuka Puasa di Kuala Perlis

9/8         Majlis Penyerahan Baju Terpakai kepada BAKUN

16/8       Sambutan Pelancaran Kemerdekaan dan Salam Aidilfitri

5/9         Pertandingan Deklamasi Sajak

13/9       Jamuan Hari Raya

7/10       Minggu Kokurikulum

17/10     Ceramah Pencengahan Kanser oleh PUSRAPI

Friday, May 4, 2012

Relaks Dengan Info Sihat #3#

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat berhujung minggu. Sambil melayan ragam keluarga, rehat di asrama, jom kita intai pengisian info sihat pada kali ini. Selamat membaca.

Kisah Protein
Tidak kiralah sesibuk mana pun anda, atau betapa disiplinnya anda dalam diet, pastikan sumber protein diambil dengan secukupnya. Pastikan sumber protein itu adalah sumber-sumber semulajadi. Protein merupakan nutrien yang terpenting di samping membantu mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot mendapat bekalan secukupnya. Jadi, peka terhadap makanan yang mengandungi nutrisi yang diperlukan badan seperti protein!

Nasi Bukan Punca Utama
Anda percaya bahawa dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung nasi akan mempercepatkan penurunan berat badan. Namun kepercayaan itu adalah kurang tepat. Hal ini kerana bukan sahaja nasi yang perlu anda kurangkan, malah gula, minyak dan lemak juga perlu dikurangkan. Kesimpulannya, janganlah tidak makan nasi tetapi masih makan benda bergoreng banyak!

Jangan Tidur Ketika Lapar
Maknanya semua kena tidur dalam keadaan kenyanglah? Tidak. Dengan kata lain, jangan biarkan diri anda tidur dalam keadaan lapar kerana ini tidak membantu mempercepatkan pengurangan berat badan anda. Makan pada lewat malam tidak akan menggagalkan program diet anda sekiranya pengambilan karbohidrat dapat dielakkan pada waktu itu. Pilihlah sumber protein dan serat seperti susu rendah lemak atau buah-buahan sebelum tidur. Jadi, kalau tengah belajar lewat, jangan ambil makanan ringan pula! Sediakan sedikit bekalan buah-buahan dalam bilik atau rumah anda.


Rujukan: Majalah rapi (bil. 187). Edisi 1 Mei 2012

Monday, April 30, 2012

Sehari Menjentik Minda


Assalamualaikum dan salam Kedah sejahtera.

Tarikh: 29 April 2012
Tempat: Dewan Ibnu Khaldun
Penceramah: CR Shuib bin Haji Hamid
Penglibatan: PISMP Sem. 1 Matematik. 1, Pendidikan Islam 1,
Pendidikan Khas 1, Pemulihan 1, Bed. TESL 1 dan Bahasa Cina.


Kumpulan Kuliah Bahasa Cina.

Kumpulan Kuliah Pendidikan Khas 1.


YDP dan CR Shuib.


Para kaunselor pelatih di HEP.





Friday, April 20, 2012

Aktiviti Biro Teknologi Maklumat & Penerbitan #3#

Assalamualaikum & salam Kedah sejahtera.


Perkara: Makan Malam Ringkas
Tarikh: 19 April 2012


Syukur ke hadrat Ilahi, pada kali ini ahli-ahli Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan dapat sekali lagi berkumpul dan meluangkan masa bersama-sama setelah beberapa minggu sibuk dengan tugasan masing-masing.
Makan malam ringkas ini diadakan adalah untuk meluangkan masa bersama-sama antara ahli-ahli dan membincangkan perkara2 berkaitan biro. Selain itu, acara makan malam yang ringkas ini merupakan salah satu tanda ucapan terima kasih terhadap ahli-ahli sekretariat yang sentiasa berada bersama-sama kami untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

Makan...!

Bila nak mula ni?

Budu? Heheheh....

Ini cara letak sos.

Berborak-borak dulu sebelum makan

"Tidak semestinya apa yang kita rasakan betul, adalah benar pada pandangan orang lain.

Tidak semestinya apa yang mereka kata salah, adalah salah pada kita. Keikhlasan bukan sesuatu yang konkrit, boleh dilihat oleh mata kasar. Namun hanya nawaitu kita sendiri yang menjadikannya ikhlas atau tidak dan yang lebih mengetahui hanyalah DIA,".

Friday, March 30, 2012

Aktiviti Biro Teknologi Maklumat & Penerbitan #2#

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selepas aktiviti yang pertama baru-baru ini, semalam satu lagi aktiviti yang dijalankan oleh semua ahli biro. Setelah menghias beberapa papan kenyataan di kawasan yang telah ditetapkan, giliran papan kenyataan berhampiran Pusat Kegiatan Pelajar dan Kafe Kantan pula menjadi pusat operasi kami.
Di bawah adalah sedikit sebanyak cerita di sebalik tugasan kami.


Selepas mencabut sisa paku
tekan dan kertas lama, inilah hasilnya.

Dengan penuh hati-hati.
Awak yang hujung tu tengah buat apa?
 

Tampal kain hijau pula!
Sebelah sana warna apa ya?

"Kalaulah boleh saterika kain ni.
Buat baju Melayu pun cantik!"

Kerja sampingan _ menyiapkan hiasan
untuk papan kenyataan AMT.

"Huruf pa dia tak tau ni!"

Dijemur untuk keringkan gam.

Hasilnya... tunggu!

"Ha, cuci situ! Gosok, gosok!"

Alahai, kasihan cik adik
duduk menyiram tengah panas!

Selepas cermin dibasuh dan kering,
masa untuk diletakkan di tempatnya kembali.

"Hati-hati Andy!"
"Ya lah, benda ni berat tahu!"
Akhir kata, selalulah tersenyum sekalipun diri dilanda masalah. Biarpun tidak mampu menenangkan hati sendiri, sekurang-kurangnya mampu menyenangkan orang sekeliling kita.

Wednesday, March 28, 2012

Aktiviti Biro Teknologi Maklumat & Penerbitan #1#

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Setelah berhari-hari merancang untuk melaksanakan tugas yang diberikan kepada Biro Teknologi Maklumat & Penerbitan, pada hari Selasa (27/3/2012), kami (pengerusi & para seketariat) berkumpul dan bekerjasama menghias kembali papan kenyataan di depan Dewan Zaaba dan di depan Pusat Kegiatan Pelajar. Dengan ahli seramai 12 orang, kami membahagikan tugas kepada setiap ahli.
Dengan kesungguhan dan sifat kreatif yang ada pada setiap ahli jawatankuasa, tugasan tersebut telah berjalan dengan lancar.
Semoga pada satu hari nanti, semangat dan kerjasama seperti inilah yang diperlukan dalam sesebuah pasukan.
Akhir kata, semoga segala yang dilakukan itu dirahmati dan diredhai oleh-Nya.

Apa agaknya yang dilakukan?

Kumpulan Pertama: Mereka bentuk carta organisasi JPP sesi 2012/2013.
Tempat: Bilik Gerakan JPP.

Pembahagian dan penerangan tugasan.

Para AJK bersemangat menggunting kertas.

Sebelum direka bentuk dan dihias.

Tekunnya! (^^)

Proses terakhir!

"Hah, gini cara tampalnya!". Akhirnya, siap!


Kumpulan kedua: Menghias papan kenyataan.
Tempat: Hadapan Pusat Kegiatan Pelajar.

Papan kenyataan yang telah dikosongkan.

Rajinnya Pengerusi Biro kita ni!

"Eh, cantik pulak kain ni!". 

Selepas bertungkus-lumus selama satu jam, inilah hasilnya!


Kumpulan Ketiga: Menghias semula papan kenyataan JPP.
Tempat: Hadapan Dewan Za'ba.

Keadaan papan kenyataan sebelum AJK memulakan tugasan.

"Cabut! Cabut!".

Merancang hiasan yang akan diletakkan.

Tampal elok-elok ya! Jangan sampai tergolek.

Akhirnya, inilah hasil kreatif yang ditunjukkan
oleh kesemua Kumpulan Ketiga. Apa pandangan anda?

"Yeah, kami dah siap!"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...