Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Program JPP sepanjang tahun 2012

Berikut merupakan program dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2012/2013 sepanjang tahun 2012

Penggal 1/2012

19/3       Gotong-royong Pusat Kegiatan Pelajar

26/3       Perjumpaan Asrama Lelaki

27/3       Perjumpaan Asrama Perempuan

28/3       Majlis Serah Tugas

4/4         Majlis Pelantikan Sekteriat

              IPDA HOURS (Malam) sempena IPDA Lestari

9/4         IPDA HOURS (Petang) sempena IPDA Lestari

11/4       Gotong Royong Perdana dan Senam Seni IPDA Lestari

12/4       IPDA HOURS, Wacana Ilmu

              Kempen Makanan Sihat

14/4       Ceramah Manisnya Gadis

16/4       Sehari Berpakaian Putih dan Hijau

              Watikah Perlantikan JPP

26/4       Kejohanan Olahraga Tahunan

29/4       Sehari Menjentik Minda



Penggal 2/2012

20/6       Sambutan Hari Guru

25/6       Minggu Pengurusan Pelajar Baharu PPISMP ambilan 2012

28/6       Program Transformasi Pemimpin Mahasiswa Pendidik 
              JPP IPG Zon Utara

8/7         Lawatan Penanda Aras oleh JPP IPG Ipoh
10/7       Senamrobik 1 Murid 1 Sukan
13/7       Lawatan ke IPG Perempuan Melayu Melaka

14/7       Lawatan ke IPG Ipoh

16/7       Ihya Ramadhan

              Ziarah Kebajikah Rumah Terbakar

18/7       Perjumpaaan Asrama

25/7       MQA

29/7       Majlis Berbuka Puasa di Kuala Perlis

9/8         Majlis Penyerahan Baju Terpakai kepada BAKUN

16/8       Sambutan Pelancaran Kemerdekaan dan Salam Aidilfitri

5/9         Pertandingan Deklamasi Sajak

13/9       Jamuan Hari Raya

7/10       Minggu Kokurikulum

17/10     Ceramah Pencengahan Kanser oleh PUSRAPI

Friday, October 19, 2012

Ceramah Pencegahan Kanser

Assalamualaikum dan salam Kedah sejahtera.

Tarikh: 17 Oktober 2012
Tempat: Kafe Asrama IPG Kampus Darulaman

Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya Ceramah Pencegahan Kanser telah berjaya dilaksanakan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah daripada PUSRAPI (cawangan Jitra), Ustazah Azlina binti Zubir @ Lin, di atas perkongsian maklumat yang sangat berguna mengenai kanser dan rawatan yang dianjurkan mengikut kaedah Islam.











Wednesday, October 17, 2012

Di Sebalik Minggu Kokurikulum 2012



Assalamualaikum dan salam Kedah sejahtera.

Bermula 7 Oktober 2012 sehingga 10 Oktober 2012, Unit Kokurikulum IPG Kampus Darulaman dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, pelajar-pelajar DPLI dan PISMP Semester 6 telah menjalankan Minggu Kokurikulum. 

Jom, sambil kita merehatkan minda dan badan di hujung minggu ini untuk melihat ragam rakan-rakan kita di sebalik lensa JPP!


7 Oktober 2012
Pertandingan Nyanyian Solo - Bilik Kuliah Unit Kokurikulum
(8.00 malam - 11.00 malam)
Bergayalah!
Majlis diceriakan oleh pengacara Ku Yusri
Mantap!
Hebat...
Para peserta sempat tersenyum di saat lensa merakam imej mereka
Berusaha ya kak!

Para penonton yang sentiasa ceria.
Salah seorang peserta yang sedang asyik bermain gitar :P
Malu-malu ya abang!
Puan Norhayati, selaku Ketua Juri memberi beberapa tip penting kepada para peserta dan komen yang bernas

8 Oktober 2012
Perasmian Minggu Kokurikulum dan Perasmian Pameran Persatuan PISMP Sem 6 - Dewan Seri Banai
(2.30 petang - 4.00 petang)




Kawalan kehormat oleh barisan KRS IPG Darulaman
Bacaan doa oleh saudara Fitri

Perasmiaan oleh Tuan Haji Alias, Ketua Jabatan Bahasa Melayu

Sekitar tapak Pameran Persatuan

Gerai Jualan Usahawan Guru Muda - Parkir Kereta Warden
(2.30 petang - 7.00 petang)


Usahawan kerepek dan cup kek
Jualan paling laris, Ais Krim Goyang

Pertandingan Nyanyian Duo/Berkumpulan - Dewan Za'aba
(3.00 petang - 5.00 petang)

Kumpulan SABUN



Monday, September 17, 2012

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam Kedah sejahtera,

Baru-baru ini, telah dijalankan satu Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2012 Peringkat IPG Kampus Darulaman dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012. Dua aktiviti ini dijalankan dalam satu hari sahaja. Di bawah merupakan corat-coret sepanjang majlis tersebut.

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2012

Tarikh: 13 September 2012
Masa: 9.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat: Dewan Besar IPG Kampus Darulaman
Kehadiran: Pengarah IPG Kampus Darulaman (Tuan Haji Mohd Mustafa bin Ahmad), Timbalan Pengarah IPG Kampus Darulaman (Tuan Haji Hashim bin Asman), para pensyarah, barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2012/2013 dan para mahasiswa pendidik IPG Kampus Darulaman.

Ketibaan para pensyarah.


Sempat bergaya di hadapan lensa JPP.

Ketibaan VIP ke Dewan Besar IPG Kampus Darulaman.



Pembahagian hadiah kepada para pemenang kuiz dan pertandingan sepanjang bulan Kemerdekaan.

Persembahan oleh PPISMP Bahasa Arab Semester 3.

Deklamasi puisi oleh Izzah dan Fatin.

Persembahan cerita '1 Malaysia'.

Persembahan qasidah.

Kehadiran para mahasiswa pendidik IPG Kampus Darulaman.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri


Tarikh: 13 September 2012

Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Tempat Parkir Kereta Pensyarah IPG Kampus Darulaman
Kehadiran: Pengarah IPG Kampus Darulaman (Tuan Haji Mohd Mustafa bin Ahmad), Timbalan Pengarah IPG Kampus Darulaman (Tuan Haji Hashim bin Asman), para pensyarah, barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2012/2013 dan para mahasiswa pendidik IPG Kampus Darulaman.

Ketibaan Pengarah IPG Kampus Darulaman di tapak sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Murid-murid prasekolah bersalam dengan Pengarah dan VIP yang hadir.


"Kami dapat duit raya!".


Para pensyarah mula memenuhi gerai makanan.

"Peace!" sempat bergambar sebelum menjamu selera.




"Selamat menjamu selera semua,".

Mahasiswa pendidik berbaris untuk mengambil makanan.

Hati-hati cik kak, nanti tertumpah nasi! Hehehe...


Sedapnya.




"Raikanlah Hari Lebaran dengan penuh kesyukuran dan semangat 1 Malaysia"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...