Showing posts with label Hebahan. Show all posts
Showing posts with label Hebahan. Show all posts

Monday, April 23, 2012

Program Mahabbah Rasul


Program Mahabbah Rasul
23 April 2012
Ustaz Zainol Asri Ramli (Mudir Maahad Darul Hadis)


*digalakkan berpakaian putih
 "Rasulullah dicintai, sunnah dihayati"

Saturday, April 21, 2012

Kejohanan Olahraga Tahunan


KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) 2012
Tarikh : 26 April 2012
Tempat : Padang IPG Kampus Darulaman
Masa : 8.00 a.m



MAKLUMAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2012
Untuk makluman seluruh warga institut, Kejohanan Olahraga Tahunan akan diadakan pada 26 April 2012 

Berikut merupakan tentatif sebelum (15-18 April 2012) Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 berlangsung:

Latihan Rumah Sukan : Jam 5 p.m 
15 April 2012 (Ahad) - Perwira (Merah) dan Pahlawan (Hijau)
16 April 2012 (Isnin) - Pendekar (Kuning) dan Panglima (Biru)
17 April 2012 (Selasa) - Perwira (Merah) dan Pahlawan (Hijau)
18 April 2012 (Rabu) - Pendekar (Kuning) dan Panglima (Biru)


23 dan 24 April 2012, Jam 5 p.m : Sukantara

25 April 2012 (Rabu), jam 8.00am - 1.00pm :
Raptai kejohanan, peringkat saringan dan acara padang akan diadakan
- Atlet rumah sukan yg terlibat bagi acara lompat tinggi, lompat kijang, lontar peluru, 200m, 400m akan mendapat pelepasan kuliah

- Raptai penuh pula akan diadakan pada sebelah petang pada jam 2.30pm - 5.00pm

Kepada guru pelatih PISMP Semester 3, anda dikehendaki menghantar 30 ahli bagi setiap unit beruniform (KRS, PBSM, Pengakap, Pandu Puteri dan Puteri Islam) untuk perbarisan

**sebarang makluman akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

"MAJULAH SUKAN UNTUK IPDA"

Sunday, April 15, 2012

Krew INSPIRASI 2012

Anda berbakat dalam bidang fotografi, grafik design 
dan bidang kewartawanan ?

Pernah menjadi Editor Majalah Sekolah?

Ayuh serlahkan bakat anda dengan menyertai krew Sidang Redaksi Majalah INSPIRASI Ipg Kampus Darulaman... 

Temui kami pada hari Rabu ini (18.4.2012), 
jam 5.00 petang di Pusat Kegiatan Pelajar.


Friday, April 13, 2012

Manisnya Menjadi Gadis


Makluman kepada semua pelajar perempuan...

Pada 14 April 2012 akan diadakan satu ceramah "Manisnya Menjadi Gadis" oleh salah seorang finalis rancangan "Ustazah Pilihan" di Dewan Za'aba pada pukul 8.00 malam.. 

Pelbagai isu menarik yang akan dikupaskan...


Thursday, April 12, 2012

Bilik Pengumuman Lelaki


Majalah INSPIRASI 2011


Jom beli Majalah Inspirasi 2011,

mengamit memori indah 2011 di bumi IPG Kampus Darulaman, harga hanya RM18 dengan 112 muka surat berwarna penuh, dan menggunakan kertas 128gsm (kertas licin)...


Tuesday, April 10, 2012

Daulat Tuanku



DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah diatas pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke 14 pada 11 April 2012

Monday, April 9, 2012

Tentatif IPDA Lestari



Makluman kepada semua Pelajar IPG Kampus Darulaman, bersempena dengan Program IPDA Lestari, pada minggu ini akan dilaksanakan beberapa program antaranya ialah :-

Program IPDA HOUR sesi ke-2 
Tarikh : 9 April 2012 (Isnin)
Masa : 5.30 petang

Semua pelajar dikehendaki untuk mengosongkan bilik dan berkumpul di Astaka tepat jam 5.30 petang. Kami juga menyediakan perkhidmatan sewaan basikal.. bayaran sewa yang dikenakan hanya RM 0.50....



Program Gotong-Royong Perdana 
Tarikh :  11 April 2012 (Rabu)  
Masa : 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari

Para pelajar Kolej Kediaman dikehendaki berkumpul di Astaka pada jam 8.00 pagi


Program Makanan Gaya Hidup Sihat 
Tarikh :  12 April 2012 (Khamis)  

Program Makanan Gaya Hidup Sihat ini akan melibatkan 3 Kafe utama iaitu Kafe Lawang, Kafe Kantan, dan Kafe Asrama. 


Program IPDA HOUR sesi ke-3 
Tarikh : 12 April 2012 (Khamis)
Masa : 8.00 malam

Pada malamnya pula akan diadakan Program IPDA Hour sesi 3. Semua penghuni asrama dikehendaki berkumpul di Kem Seri Banai


Tuesday, April 3, 2012

Baucer 1 Malaysia


Penyerahan Baucer Buku 1 Malaysia

Tarikh : 1 April 2012
Tempat : Jabatan Hal Ehwal Murid





Semua pelajar penuh masa dan dalam cuti IPG Kampus Darulaman layak untuk menerima BB1M kecuali pelajar yang statusnya tidak aktif (tangguh atau digantung pengajian).

Tarikh akhir sah laku BB1M ialah pada 30 April 2012.

Sunday, April 1, 2012

Minggu Cekap Tenaga



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Bermula 2 April 2012 sehingga 9 April 2012 akan diadakan MINGGU CEKAP TENAGA sempena program Proketa IPDA... 

Banyak aktiviti menarik yang dirancang antaranya :
- pertandingan mereka bentuk streamer
- pertandingan menulis esei
- pertandingan mewarna poster murid pra sekolah
- explorace cekap tenaga
- pameran cekap tenaga dari CETREE USM
- tayangan filem 'The Day After Tomorrow'
- malam IPDA hour

**maklumat mengenai aktiviti akan dimaklum dari semasa ke semasa...

Sama2 kita menjayakan minggu cekap tenaga 

"CEKAP TENAGA, LESTARI IPDA"

Friday, March 23, 2012

Perjumpaan Kolej Kediaman

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Perhatian kepada semua warga kolej kediaman IPG Kampus Darulaman, pada hari Isnin (untuk pelajar lelaki) dan Selasa (untuk pelajar perempuan) akan diadakan satu perjumpaan khas bersama warden pada jam 9.30 malam bertempat di Dewan Ibn Khaldun.
Kehadiran akan diambil dan semua penghuni diWAJIBkan hadir. Mana-mana pelajar yang gagal hadir tanpa alasan yang munasabah akan dikena tindakan tatatertib.
Arahan Ketua Warden.



CERAMAH KEASLIAN AL-QURAN



Assalamualikum w.b.t..

Makluman kepada semua pelajar IPG Kampus Darulaman, InsyaAllah AJK Rakan Masjid An-Nur akan menganjurkan satu ceramah yang bertajuk KEASLIAN AL-QURAN : Pembuktian Mukjizat Terunggul yang akan disampaikan oleh Brother Lim Jooi Soon pada 21/3/2012 jam 2.30 petang di Masjid An-Nur...

Semua dijemput hadir...

mohon sebarkan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...