Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts
Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts

Friday, December 14, 2012

1 Januari 2013, bermulalah sejarah baru


Sukacita dimaklumkan bahawa 1.1.2013, bukanlah hari kelepasan am bagi negeri Kedah dan tarikh bagi bermulanya semester 1/2013 adalah pada 1.1.2013. Sama dengan kalender persekolahan bagi negeri Kedah.


Sekali lagi ditegaskan bahawa 1 Januari adalah Hari Kelepasan Am Negeri, bukan Hari Kelepasan Am Persekutuan.. ada 5 negeri tak ambil cuti tahun baru 2013 iaitu johor, KEDAH, kelantan, perlis dan terengganu.


Rancanglah perjalanan pulang anda ke Ipg Kampus Darulaman dengan sebaik mungkin. Semoga selamat dalam perjalanan kembali berjuang di bumi jelapang padi ini...

Semoga anda semua lebih bersemangat untuk memulakan semester baru dengan semangat yang baru....

Monday, September 17, 2012

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam Kedah sejahtera,

Baru-baru ini, telah dijalankan satu Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2012 Peringkat IPG Kampus Darulaman dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012. Dua aktiviti ini dijalankan dalam satu hari sahaja. Di bawah merupakan corat-coret sepanjang majlis tersebut.

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2012

Tarikh: 13 September 2012
Masa: 9.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat: Dewan Besar IPG Kampus Darulaman
Kehadiran: Pengarah IPG Kampus Darulaman (Tuan Haji Mohd Mustafa bin Ahmad), Timbalan Pengarah IPG Kampus Darulaman (Tuan Haji Hashim bin Asman), para pensyarah, barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2012/2013 dan para mahasiswa pendidik IPG Kampus Darulaman.

Ketibaan para pensyarah.


Sempat bergaya di hadapan lensa JPP.

Ketibaan VIP ke Dewan Besar IPG Kampus Darulaman.



Pembahagian hadiah kepada para pemenang kuiz dan pertandingan sepanjang bulan Kemerdekaan.

Persembahan oleh PPISMP Bahasa Arab Semester 3.

Deklamasi puisi oleh Izzah dan Fatin.

Persembahan cerita '1 Malaysia'.

Persembahan qasidah.

Kehadiran para mahasiswa pendidik IPG Kampus Darulaman.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri


Tarikh: 13 September 2012

Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Tempat Parkir Kereta Pensyarah IPG Kampus Darulaman
Kehadiran: Pengarah IPG Kampus Darulaman (Tuan Haji Mohd Mustafa bin Ahmad), Timbalan Pengarah IPG Kampus Darulaman (Tuan Haji Hashim bin Asman), para pensyarah, barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2012/2013 dan para mahasiswa pendidik IPG Kampus Darulaman.

Ketibaan Pengarah IPG Kampus Darulaman di tapak sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Murid-murid prasekolah bersalam dengan Pengarah dan VIP yang hadir.


"Kami dapat duit raya!".


Para pensyarah mula memenuhi gerai makanan.

"Peace!" sempat bergambar sebelum menjamu selera.




"Selamat menjamu selera semua,".

Mahasiswa pendidik berbaris untuk mengambil makanan.

Hati-hati cik kak, nanti tertumpah nasi! Hehehe...


Sedapnya.




"Raikanlah Hari Lebaran dengan penuh kesyukuran dan semangat 1 Malaysia"

Wednesday, July 25, 2012

Lawatan MQA


Pada 24 dan 25 Julai 2012, IPG Kampus Darulaman telah menerima tetamu khas sempena Lawatan Penilaian Perakuan Akreditasi PISMP Pendidikan Pemulihan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Antara panel penilaian dari MQA ialah Prof. Madya Dr. Haniz Ibrahim dari UPSI, Prof. Madya Dr. Loh Sau Cheong dari UM, dan Prof. Madya Dr. Lee Lay Wah.

Penilaian ini adalah melibatkan pelajar-pelajar yang mengikuti jurusan Pendidikan Pemulihan di IPG Kampus Darulaman dan pensyarah-pensyarah yang terlibat. 

Kami selaku Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) turut ditemual bual oleh mereka bagi mendapatkan maklumat kasar mengenai Kebajikan Pelajar dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sepanjang berada di dalam kampus IPG Darulaman.

Kami dari pihak JPP mendoakan agar penilaian ini berjalan dengan lancar dan akreditasi ini mendapat kelulusan dari pihak MQA .


"SALAM 1 VISI, SALAM 1 ASPIRASI"

Thursday, July 5, 2012

Isu Tuntutan Tambang


SALAM PERPADUAN, SALAM 1 MALAYSIA.

MOHON PERHATIAN SEMUA PELAJAR PISMP.

Satu Perbincangan telah diadakan antara saya bersama YDP JPP pada jam 11.00 pagi 05.07.2012 (Khamis) di Bilik Penolong Akauntan, IPG KDA. Ada bersama adalah Pn. Nor Aishah bt Din (PT yang menguruskan Elaun dan Tambang Guru Pelatih IPG KDA).

Satu persetujuan telah dicapai dalam perbincangan tersebut bagi menyelesaikan masalah yang timbul berkenaan tuntutan tambang.

1. Bagi semua Pelajar PISMP yang telah balik kampung pada cuti Semester 25.05.2012 hingga 09.06.2012 dan mahu menuntut tambang perjalanan sama ada Pelajar Semenanjung mahupun Sabah/Sarawak, sila kemukakan permohonan yang lengkap melalui Ketua Kelas/Wakil Kelas (Sertakan bersama Senarai nama) ke Unit Kewangan & Akaun dalam tempoh 8 hari bermula hari ini 05.07.2012 (Khamis) hingga 12.07.2012 (Khamis) sebelum jam 3.30 petang. Pelajar yang akan menuntut pada tempoh ini tidak layak menuntut pada hujung tahun ini.

2. Bagi mana - mana pelajar yang tidak mahu menuntut tambang perjalanan pada kali ini (Tempoh cuti Semester 25.05.2012 - 09.06.2012, boleh berbuat demikian pada Hujung tahun ini iaitu November 2012. (Prosedur tuntutan adalah sama - melalui Ketua Kelas dan disertakan senarai nama) (Tarikh akhir penghantaran akan dimaklumkan nanti)

Mohon semua pelajar tidak salah faham dengan maklumat yang baru dimaklumkan. Penyataan ini jelas dikemukakan kepada YDP JPP semasa perbincangan pagi tadi.

**Makluman ini adalah terpakai bagi Tahun 2012 sahaja tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

***Sebarang perubahan bagi Tahun 2013 dan seterusnya akan diputuskan dalam Keputusan Mesyuarat Bersama Pengarah & Pihak Pengurusan IPG KDA.

# Perbincangan yang dirancang untuk diadakan pada 05.07.2012 (Khamis) jam 11.00 pagi antara JPP dan wakil pengurusan ditangguh ke satu tarikh sehingga Pengarah kembali bertugas. Satu mesyuarat rasmi akan diadakan. Sehubungan itu, sila kemukakan sebarang permasalahan atau cadangan secara bertulis kepada JPP IPGKDA untuk dibincangkan bersama. Sila ambil maklum.
Sekian, terima kasih.

Saturday, May 5, 2012

Lagu Tema Hari Guru 2012



Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan

Lagu : Rosman  bin Adam
Lirik  : Zainal Ariffin bin Yusof


download lagu : Lagu Tema 2012

Friday, May 4, 2012

Warkah buat Pengarang Akhbar Perdana


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Sebelum saya memulakan bicara, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada pihak tuan yang barangkali akan rasa kurang senang dengan komentar yang akan saya utarakan kepada pihak tuan ini. Namun, sebagai rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab, saya rasa ianya tidak dapat tidak perlu diluahkan mengikut saluran yang betul seperti ini demi kepentingan sejagat apatah lagi dalam usaha kita meneroka ke arah negara maju dan bertamadun.

Perkara yang menjadi subjek utama komentar saya ini adalah berkaitan dengan 'kualiti' kandungan penerbitan akhbar perdana tuan (Utusan Melayu). Akhir-akhir ini, saya melihat kandungan akhbar tuan agak keterlaluan dalam menyampaikan maklumat dan berita kepada masyarakat. Sebagai akhbar perdana, pihak tuan pastinya sedar bahawa akhbar tuan menjadi tatapan segenap lapisan masyarakat tidak kira di luar bandar mahupun bandar, peringkat umur dan perbezaan fahaman politik. Saya sendiri merupakan salah seorang daripada pembaca akhbar tuan. Justeru, kandungan berita atau laporan yang dinyatakan perlu juga mengambil kira impak dan implikasinya terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Sebagai rakyat Malaysia, saya juga sedar betapa medan politik merupakan medan 'panas' dan cukup sensitif. Namun, amat mengecewakan sekiranya akhbar perdana dijadikan saluran utama menjadi medan provokasi pihak tertentu tanpa melihat kesan jangka masa panjang terhadap pembentukan masyakat dan negara Malaysia. Sebagai contoh, akhbar tuan yang bertarikh 2 Mei 2012 yang memaparkan berita utama 'front page' bertajuk 'Azmin Nafi skandal Seks' dilihat sebagai penerbitan media yang tidak menjunjung nilai intelek dan amalan integriti.

Saban hari, guru di sekolah berusaha mendidik anak bangsa dengan penerapan nilai-nilai murni, berpegang teguh kepada agama dan mempunyai jati diri yang unggul. Namun, jika saban hari juga mereka didedahkan dengan 'bahan bacaan' dengan paparan-paparan yang tidak bermoral sekalipun bertujuan mendedahkan 'kebenaran' yang masih dalam siasatan saya kira saban hari juga masalah sosial akan terus berleluasa. Di sekolah atau di perpusatakaan sekolah saya kira akhbar tuan memang menjadi bahan bacaan umum berbanding dengan akhbar seperti Harakah, Suara Keadilan dan sebagainya. Oleh kerana itulah, saya berharap agar, akhbar tuan melihat isu ini dengan lebih serius dalam menyampaikan maklumat yang beretika kepada umum.

Bersama-samalah kita membentuk sebuah tamadun bangsa Malaysia yang bermoral dan beretika selaras dengan hasrat kerajaan sejak 'dahulu' lagi ingin membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu, bermoral dan berakhlak mulia. Bahan media cetak seperti tuan yang saya anggap bacaan segenap lapisan masyarakat jangan terlalu mengutamakan kepentingan 'sendiri' untuk mencapai sesuatu tanpa mengira batas-batas paparan. Matlamat tidak menghalalkan cara.
Sekali lagi, sebelum saya menutup komentar ini saya memohon maaf kepada pihak tuan dan berharap pihak tuan mengambil serius akan isu ini. Kadangkala perubahan angin masyarakat terutamanya golongan mahasiswa kerana jelek dan mual dengan berita yang terlalu berbaur politik semata-mata.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,


emel kepada : pengarang@utusan.com.my


Friday, March 23, 2012

Al-Fatihah



Al-Fatihah buat Allahyarham akhi Mohd Hatim Bin Jeffri, 
Pelajar Pismp Pend Islam Semester 5



SEMOGA SYURGA UNTUK MU SAHABAT....



al-Fatihah buat sahabatku dunia akhirat... 
tiada kiriman buatmu melainkan doa, agar kau brbahagia di sana... 
sampai disini pertemuan kita di dunia, smoga kita brjumpa lg di sana...



x da apa lg yg dpt menghubungkan kita melainkan doa dn cebisan memori yg masih trpahat dalam ingatanku... insya Allah... aku juga akn menyusulmu, takdir dn waktu yg menentukn....

SELAMAT JALAN SAHABATKU.... AKU AKN MERINDUIMU DALAM DOAKU.... BIARLAH ALLAH MENJADI SAKSI BAHAWA KITA PERNAH BERSAHABAT DI DUNIA INI....
(Anwari Razali)



Kami barisan JPP 2012/13 mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Hatim atas pemergiannya... semoga allah membalas segala jasa bakti beliau terutama sepanjang berada di IPG Kampus Darulaman dan khasnya atas khidmat bakti beliau dalam penghasilan filem pendek pertama IPDA "Janji Kita" tahun lepas..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...