Showing posts with label Biro HELWANI. Show all posts
Showing posts with label Biro HELWANI. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Riadah JPP (Bowling)

Assalamualaikum & salam Kedah sejahtera.

Alhamdulillah, pada 16 Oktober yang lalu, barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013 telah mengadakan satu aktiviti riadah bersama-sama bertempat di Jitra Mall. 

Melalui aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan kami, di samping mengurangkan tekanan menghadapi peperiksaan akhir semester. 

Bersedia...!
Lempar....!
Hati-hati ya!
Baling le, dok pegang bola jee!

Tudia, banyaknya harta...

Fuyooo... 
Bahagianya...
Macam Ustaz Azhar Idrus lee...

Ini bola... B+O+L+A

Macam nie ye cara nak pegang bola murid-murid...

Gandingan bersatu ...  


Wajah-wajah keceriaan para pemenang 



Sekalung ucapan tahniah kepada para pemenang!

Ceria walaupun penat.

"Semoga ukhwah yang terbina berkekalan... bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"

Program JPP sepanjang tahun 2012

Berikut merupakan program dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2012/2013 sepanjang tahun 2012

Penggal 1/2012

19/3       Gotong-royong Pusat Kegiatan Pelajar

26/3       Perjumpaan Asrama Lelaki

27/3       Perjumpaan Asrama Perempuan

28/3       Majlis Serah Tugas

4/4         Majlis Pelantikan Sekteriat

              IPDA HOURS (Malam) sempena IPDA Lestari

9/4         IPDA HOURS (Petang) sempena IPDA Lestari

11/4       Gotong Royong Perdana dan Senam Seni IPDA Lestari

12/4       IPDA HOURS, Wacana Ilmu

              Kempen Makanan Sihat

14/4       Ceramah Manisnya Gadis

16/4       Sehari Berpakaian Putih dan Hijau

              Watikah Perlantikan JPP

26/4       Kejohanan Olahraga Tahunan

29/4       Sehari Menjentik Minda



Penggal 2/2012

20/6       Sambutan Hari Guru

25/6       Minggu Pengurusan Pelajar Baharu PPISMP ambilan 2012

28/6       Program Transformasi Pemimpin Mahasiswa Pendidik 
              JPP IPG Zon Utara

8/7         Lawatan Penanda Aras oleh JPP IPG Ipoh
10/7       Senamrobik 1 Murid 1 Sukan
13/7       Lawatan ke IPG Perempuan Melayu Melaka

14/7       Lawatan ke IPG Ipoh

16/7       Ihya Ramadhan

              Ziarah Kebajikah Rumah Terbakar

18/7       Perjumpaaan Asrama

25/7       MQA

29/7       Majlis Berbuka Puasa di Kuala Perlis

9/8         Majlis Penyerahan Baju Terpakai kepada BAKUN

16/8       Sambutan Pelancaran Kemerdekaan dan Salam Aidilfitri

5/9         Pertandingan Deklamasi Sajak

13/9       Jamuan Hari Raya

7/10       Minggu Kokurikulum

17/10     Ceramah Pencengahan Kanser oleh PUSRAPI

Friday, October 19, 2012

Ceramah Pencegahan Kanser

Assalamualaikum dan salam Kedah sejahtera.

Tarikh: 17 Oktober 2012
Tempat: Kafe Asrama IPG Kampus Darulaman

Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya Ceramah Pencegahan Kanser telah berjaya dilaksanakan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah daripada PUSRAPI (cawangan Jitra), Ustazah Azlina binti Zubir @ Lin, di atas perkongsian maklumat yang sangat berguna mengenai kanser dan rawatan yang dianjurkan mengikut kaedah Islam.











Thursday, July 26, 2012

CERAMAH BULANAN



CERAMAH BULANAN "Mengespresi Erti Solehah"

Insyallah pada  27 Julai 2012, Jumaat akan diadakan satu ceramah yang akan disampaikan oleh Pn Hajah Nazrah bt Yusof bertempat di Dewan serbaguna Kolej Kediaman P1 pada jam 11.00 pagi

Kehadiran semua guru pelatih wanita Ipg Kampus Darulaman diwajibkan. Moga kehadiran kita semua untuk menuntut ilmu mendapat ganjaran di bulan Ramadhan yang diberkati ini.

Wednesday, April 18, 2012

Nasihat Untuk Si Gadis

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Perkongsian pada kali ini adalah nasihat untuk para gadis, bakal pendidik bangsa satu hari nanti. 

Melati,
Jadilah seperti lebah,
Selalu hinggap di bunga-bunga yang semerbak
Dan ranting-ranting yang segar.

Melati,
Jangan diberi kesempatan kepada diri kalian
Untuk mencari kelemahan dan kesalahan orang lain.

Melati,
Jika Allah sentiasa bersama mu, 
Siapa yang harus engkau takuti?
Jika Allah menjadi musuh mu,
Maka pada siapa engkau akan berharap?

Melati,
Api cemburu dan hasad dengki
Sering membakar tubuh itu
Ibarat api yang membara.

Melati,
Bertingkah lakulah dengan akhlak mu
Yang lebih indah dan cantik
Dari sebuah taman.

Walaupun nasihat ini ringkas tetapi ada maksud yang tersembunyi untuk kita semua.
Selamat malam.
Jadikan hari semalam satu pengajaran dan hari esok merupakan diari baru untuk kita meneruskan kehidupan kita, di samping teman-teman.

Sumber: Jangan Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia (Dr. 'Aidh Bin' Abdullah Al-Qarni)

Friday, April 13, 2012

Manisnya Menjadi Gadis


Makluman kepada semua pelajar perempuan...

Pada 14 April 2012 akan diadakan satu ceramah "Manisnya Menjadi Gadis" oleh salah seorang finalis rancangan "Ustazah Pilihan" di Dewan Za'aba pada pukul 8.00 malam.. 

Pelbagai isu menarik yang akan dikupaskan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...