Showing posts with label IPDA Lestari. Show all posts
Showing posts with label IPDA Lestari. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Program JPP sepanjang tahun 2012

Berikut merupakan program dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2012/2013 sepanjang tahun 2012

Penggal 1/2012

19/3       Gotong-royong Pusat Kegiatan Pelajar

26/3       Perjumpaan Asrama Lelaki

27/3       Perjumpaan Asrama Perempuan

28/3       Majlis Serah Tugas

4/4         Majlis Pelantikan Sekteriat

              IPDA HOURS (Malam) sempena IPDA Lestari

9/4         IPDA HOURS (Petang) sempena IPDA Lestari

11/4       Gotong Royong Perdana dan Senam Seni IPDA Lestari

12/4       IPDA HOURS, Wacana Ilmu

              Kempen Makanan Sihat

14/4       Ceramah Manisnya Gadis

16/4       Sehari Berpakaian Putih dan Hijau

              Watikah Perlantikan JPP

26/4       Kejohanan Olahraga Tahunan

29/4       Sehari Menjentik Minda



Penggal 2/2012

20/6       Sambutan Hari Guru

25/6       Minggu Pengurusan Pelajar Baharu PPISMP ambilan 2012

28/6       Program Transformasi Pemimpin Mahasiswa Pendidik 
              JPP IPG Zon Utara

8/7         Lawatan Penanda Aras oleh JPP IPG Ipoh
10/7       Senamrobik 1 Murid 1 Sukan
13/7       Lawatan ke IPG Perempuan Melayu Melaka

14/7       Lawatan ke IPG Ipoh

16/7       Ihya Ramadhan

              Ziarah Kebajikah Rumah Terbakar

18/7       Perjumpaaan Asrama

25/7       MQA

29/7       Majlis Berbuka Puasa di Kuala Perlis

9/8         Majlis Penyerahan Baju Terpakai kepada BAKUN

16/8       Sambutan Pelancaran Kemerdekaan dan Salam Aidilfitri

5/9         Pertandingan Deklamasi Sajak

13/9       Jamuan Hari Raya

7/10       Minggu Kokurikulum

17/10     Ceramah Pencengahan Kanser oleh PUSRAPI

Friday, April 13, 2012

Gotong-Royong Perdana 2


Program Gotong-Royong Perdana 
Kolej Kediaman Perempuan

Tarikh : 11 April 2012 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari







Gotong-Royong Perdana 1


Program Gotong-Royong Perdana 
Kolej Kediaman Lelaki

Tarikh : 11 April 2012 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari







Pertandingan menceriakan tandas.
Tandas yang bersih membawa kepada pengamalan 
gaya hidup yang sihat.

Monday, April 9, 2012

Tentatif IPDA Lestari



Makluman kepada semua Pelajar IPG Kampus Darulaman, bersempena dengan Program IPDA Lestari, pada minggu ini akan dilaksanakan beberapa program antaranya ialah :-

Program IPDA HOUR sesi ke-2 
Tarikh : 9 April 2012 (Isnin)
Masa : 5.30 petang

Semua pelajar dikehendaki untuk mengosongkan bilik dan berkumpul di Astaka tepat jam 5.30 petang. Kami juga menyediakan perkhidmatan sewaan basikal.. bayaran sewa yang dikenakan hanya RM 0.50....



Program Gotong-Royong Perdana 
Tarikh :  11 April 2012 (Rabu)  
Masa : 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari

Para pelajar Kolej Kediaman dikehendaki berkumpul di Astaka pada jam 8.00 pagi


Program Makanan Gaya Hidup Sihat 
Tarikh :  12 April 2012 (Khamis)  

Program Makanan Gaya Hidup Sihat ini akan melibatkan 3 Kafe utama iaitu Kafe Lawang, Kafe Kantan, dan Kafe Asrama. 


Program IPDA HOUR sesi ke-3 
Tarikh : 12 April 2012 (Khamis)
Masa : 8.00 malam

Pada malamnya pula akan diadakan Program IPDA Hour sesi 3. Semua penghuni asrama dikehendaki berkumpul di Kem Seri Banai


Sunday, April 1, 2012

Minggu Cekap Tenaga



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Bermula 2 April 2012 sehingga 9 April 2012 akan diadakan MINGGU CEKAP TENAGA sempena program Proketa IPDA... 

Banyak aktiviti menarik yang dirancang antaranya :
- pertandingan mereka bentuk streamer
- pertandingan menulis esei
- pertandingan mewarna poster murid pra sekolah
- explorace cekap tenaga
- pameran cekap tenaga dari CETREE USM
- tayangan filem 'The Day After Tomorrow'
- malam IPDA hour

**maklumat mengenai aktiviti akan dimaklum dari semasa ke semasa...

Sama2 kita menjayakan minggu cekap tenaga 

"CEKAP TENAGA, LESTARI IPDA"

Wednesday, March 28, 2012

Kempen IPDA Lestari & Perjumpaan Kolej Kediaman

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pada hari Isnin (26/3/2012) dan Selasa (27/3/2012), satu perjumpaan antara warden dengan semua penghuni Kolej Kediaman IPG Kampus Darulaman. Perjumpaan tersebut dilakukan selama dua hari berturut-turut. Pada hari Isnin, perjumpaan warden dengan pelajar lelaki, manakala pada hari Selasa, perjumpaan warden dengan pelajar perempuan. Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi sesi 2012/2013 turut hadir. Walaupun perjumpaan tersebut dilakukan pada hari berbeza, namun pengisian maklumat yang disampaikan hampir sama.

Pada masa yang sama, Yang Dipertua JPP, Naqiuddin bin Nazli, telah menyampaikan satu taklimat mengenai Kempen IPDA Lestari. Antara pengisian yang terkandung dalam ucapannya adalah tujuan, tema dan beberapa aktiviti yang telah dirancang dan akan dijalankan mengikut tarikh yang akan ditetapkan. Kempen IPDA Lestari merupakan satu usaha yang dilaksanakan oleh seluruh Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk mendidik para bakal guru untuk menyayangi alam sekitar dan berupaya menghasilkan satu pembaharuan dalam hidup kita. IPG Kampus Darulaman telah memilih 'Gaya Hidup Sihat'  sebagai tema untuk menjayakan program IPG Lestari ini. Selain daripada itu, sebanyak lapan aktiviti yang dinyatakan dalam taklimat ringkasnya, iaitu:
(1) sehari berpakaian putih dan hijau,
(2) hari makanan sihat,
(3) menghijaukan kolej kediaman pelajar,
(4) IPDA Hour,
(5) pertandingan melukis poster,
(6) pertandingan menceriakan tandas,
(7) penubuhan pusat kitar semula, dan
(8) kempen melalui facebook dan blog.

Sehari Berpakaian Putih dan Hijau
Pada hari tersebut (tarikh akan ditetapkan kemudian), seluruh warga IPG Kampus Darulaman diwajibkan memakai pakain putih dan hijau. Rasionalnya pemakaian pakaian putih atau hijau, adalah dapat mengurangkan haba diserap terlalu banyak oleh pakaian. Kesannya, apabila badan kita kurang menyerap haba, sistem daya tahan badan kita akan terjaga dan sekaligus menguatkan lagi sistem ketahanan badan kita.

Hari Makanan Sihat
Aktiviti kedua yang dirancang adalah sehari tanpa makanan yang kandungan gulanya tinggi, berminyak dan sebagainya. Dengan kata lain, pada hari tersebut semua makanan yang akan disediakan di tiga buah kafe yang terdapat di IPG Kampus Darulaman adalah makanan yang direbus dan hanya air masak yang akan disediakan.

Menghijaukan Kolej Kediaman Pelajar
Menurut YDP lagi, satu gotong-royong perdana akan dilaksanakan oleh kedua-dua kolej kediaman lelaki dan wanita pada satu tarikh yang akan diputuskan. Pada masa yang sama, mana-mana penghuni yang mampu dan sanggup mendermakan satu pokok kepada setiap kolej kediaman masing-masing, amat digalakkan. Aktiviti menanam pokok-pokok hijau akan turut dilaksanakan. Rasionalnya aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengindahkan lagi suasana sekitar kolej kediaman. Selain itu, tumbuh-tumbuhan hijau akan memberi ketenangan kepada kita dan membersihkan udara di sekitar kita.

IPDA Hour (Kempen Tanpa Elektrik)
Mungkin rancangan ini kedengaran seperti 'Earth Hour'. Ya tetapi dilakukan dengan cara yang berbeza. Boleh dikatakan bahawa kempen satu jam tanpa elektrik adalah serampang dua mata. Hal ini kerana, pada masa yang sama setiap penghuni kolej kediaman diwajibkan beriadah. Elektrik akan ditutup selama satu jam dan satu senam seni akan dilakukan. Di sini, kita dapat melihat dengan jelas kesannya kepada kita. Pertama, penggunaan elektrik di kolej kediaman dapat dikurangkan selama satu jam pada setiap bulan dan kesan yang kedua adalah tubuh badan kita akan menjadi sihat jika riadah dilakukan secara teratur.

Pertandingan Melukis Poster
Walaupun pertandingan ini belum dipersetujui, tetapi ia masih berada dalam salah satu aktiviti yang akan dianjurkan, dengan kolaborasi bersama-sama Proketa. Tema yang dipilih adalah gaya hidup sihat. Yang menariknya, poster yang terpilih akan dibawa dan dipamerkan di Institut Pendidikan Guru Temenggung Ibrahim.

Pertandingan Menceriakan Tandas
Selain daripada pertandingan melukis poster, satu pertandingan menceriakan tandas akan dilakukan di kolej kediaman pelajar. Pertandingan ini adalah salah satu usaha untuk menggalakkan penghuni kolej kediaman bersemangat untuk menjaga kebersihan dan keceriaan tandas masing-masing. Tandas yang bersih mencerminkan sikap penggunanya.

Penubuhan Pusat Kitar Semula
Aktiviti yang seterusnya adalah penubuhan pusat kitar semula di kawasan sekitar kolej kediaman. Beberapa tong akan disediakan di setiap kolej kediaman dan tong-tong tersebut akan ditandakan supaya warga IPG Kampus Darulaman dapat mengasingkan sampah-sarap yang dibuang oleh mereka pada setiap hari. Dengan cara ini, kita bukan sahaja mendidik dan mendedahkan warga IPG Kampus Darulaman mengenai kitar semula, kita juga akan mengurangkan bilangan sampah-sarap yang dibuang.

Kempen Melalui Facebook dan Blog
Oleh kerana masa kini merupakan zaman ledakan teknologi maklumat tanpa batasan, kempen melalui media elektronik ini dirasakan penting dan bermanfaat. Bukan sahaja mampu berkongsi maklumat dengan warga kampus ini sendiri, malahan mendedahkan kepada masyarakat luar mengenai kewujudan IPG Kampus Darulaman dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh semua pelajar kampus ini.

Itulah serba sedikit mengenai Kempen IPDA Lestari. Diharap seluruh warga IPG Kampus Darulaman menyokong dan terus memberikan kerjasama kepada JPP IPG Kampus Darulaman dalam menjayakan setiap aktiviti yang bakal dijalankan.
Sepintas lalu perjumpaan antara warden dengan semua penghuni kolej kediaman;
(a) Tuan Rasydan - memberi peringatan mengenai beberapa disiplin yang wajib dipatuhi.
(b) Tuan Haji Rahim
(c) Puan Suriani - beberapa isu mengenai kolej kediaman dan penghuninya.

Jom, santai dengan ragam warga IPG Kampus Darulaman!


Sempat bergambar ya! 3 jejaka kacak.

Inilah Pengerusi Biro Kediaman kita _ Cikgu Fitri.

Eh, 1 Malaysia ke atau mahu bergambar lagi?

Perjumpaan Dengan Warden & Penghuni Kolej Kediaman Lelaki.

Tersenyum saja cikgu-cikgu kita ni bila nampak kamera! (^^)

Dengan semangat adik kita ni sengih.

Barisan JPP 2012/2013 yang turut hadir.

Bila nak mula ni? (T_T)

Sebahagian daripada puteri-puteri IPG Kampus Darulaman.

Inilah YDP kita yang tengah berucap!

Perjumpaan antara warden dengan penghuni kolej kediaman perempuan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...