Wednesday, July 25, 2012

Lawatan MQA


Pada 24 dan 25 Julai 2012, IPG Kampus Darulaman telah menerima tetamu khas sempena Lawatan Penilaian Perakuan Akreditasi PISMP Pendidikan Pemulihan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Antara panel penilaian dari MQA ialah Prof. Madya Dr. Haniz Ibrahim dari UPSI, Prof. Madya Dr. Loh Sau Cheong dari UM, dan Prof. Madya Dr. Lee Lay Wah.

Penilaian ini adalah melibatkan pelajar-pelajar yang mengikuti jurusan Pendidikan Pemulihan di IPG Kampus Darulaman dan pensyarah-pensyarah yang terlibat. 

Kami selaku Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) turut ditemual bual oleh mereka bagi mendapatkan maklumat kasar mengenai Kebajikan Pelajar dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sepanjang berada di dalam kampus IPG Darulaman.

Kami dari pihak JPP mendoakan agar penilaian ini berjalan dengan lancar dan akreditasi ini mendapat kelulusan dari pihak MQA .


"SALAM 1 VISI, SALAM 1 ASPIRASI"

Tuesday, July 17, 2012

Laporan Lawatan Aspirasi ke IPG Ipoh

Pada jam 9.30 pagi, kami bertolak dari IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka ke IPG Kampus Ipoh untuk lawatan penanda aras seterusnya. 


Kami tiba di IPG Kampus Ipoh pada jam 4.30 petang dan disambut mesra oleh tuan rumah. Kunjungan balas kami ke IPG Ipoh ini adalah sebagai tanda jalinan ukhwah yang terbina hasil kunjungan JPP IPG Ipoh ke IPDA sebelum ini.

Kami dibawa melawat ke Bilik JPP dan menikmati juadah minuman petang yang disediakan sendiri oleh JPP IPG Ipoh. 
Selepas itu, kami dibawa melawat sekitar kawasan kampus IPG Ipoh. Pada jam 7.00 petang, kami bertolak semula ke IPDA, Sinar Ilmu di Utara

Dilaporkan oleh :

MOHD ZULQARNAIN BIN ABDOL RAHMAN
Ketua Projek Lawatan Aspirasi ke IPG Perempuan Melayu Melaka

Laporan Lawatan Aspirasi ke IPG Perempuan Melayu Melaka


Perjalanan kami (27 orang JPP dan 5 orang sekretariat) menuju IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka bermula pada jam 8.00 malam pada 12 Julai, Khamis.

Keesokkan harinya tepat jam 7.30 pagi, kami semua berkumpul di dewan makan untuk menjamu sarapan pagi yang telah disediakan.

Selepas sarapan pagi. tepat jam 9.00 pagi kami telah dibawa oleh rakan-rakan JPP IPMM untuk membuat lawatan ke sekitar kawasan IPMM. Kami telah dipecahkan mengikut beberapa kumpulan di mana turut melibatkan IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Pada jam 10.00 pagi, kami berkumpul di Dewan Tun Fatimah untuk sesi taaruf pimpinan JPP IPMM dan ucapan alu-aluan oleh YDP JPP IPMM dan Ketua Jabatan HEP.

Pada jam 12.00 tengah hari, kami bertolak ke Masjid Ulu, Melaka untuk menunaikan solat Jumaat. Selesai solat, kami menjelajah sekitar kawasan sejarah kota A'Famosa.

Pada jam 6.30 petang, kami bertolak pulang semula ke IPMM dan menikmati makan malam bersama-sama saf kepimpinan JPP IPG Zon Utara. 

Seterusnya, pada jam 9.00 malam, kami semua berkumpul di dalam Dewan Tun Fatimah untuk diskusi umum. Diskusi dimulakan dengan perbincangan antara YDP-YDP yang mewakili setiap IPG iaitu IPDA, IPSAH, I4P, IPTB, IPP, IPMM dan IPTHO.

Program diteruskan lagi dengan diskusi secara khusus mengikut Biro masing-masing. Tepat jam 12.30 malam, diskusi ditamatkan dan mencapai kata putus.

Pada keesokkan harinya, pada jam 8.30 pagi, kami mengikuti majlis penutupan di Dewan Tun Fatimah. Sebagai menghargai jasa baik dan ucapan terima kasih, kesemua IPG Zon Utara dan IPMM bertukar-tukar cenderamata. 

Pihak tuan rumah turut meraikan rakan-rakan yang menyambut ulang tahun kelahiran. Majlis berakhir jam 9.30 pagi.Semoga lawatan ini mampu mengeratkan lagi ukhwah antara kedua-dua IPG dan bertukar-tukar pendapat dan pandangan.


Dilaporkan oleh :
MOHD ZULQARNAIN BIN ABDOL RAHMAN
Ketua Projek Lawatan Aspirasi ke IPG Perempuan Melayu Melaka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...