Friday, February 1, 2013

PILIHAN RAYA KAMPUS 2013


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.


Satu Pilihan Raya Kampus akan diadakan di IPG Kampus Darulaman bagi memilih ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2013/2014. Sehubungan itu, Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus 2013 (JPRK 2013) akan mengadakan Pilihan Raya Kampus pada Khamis, 21 Februari 2013.

Justeru, tarikh penamaan calon ialah pada 4 Februari 2013 (Isnin). Borang pencalonan akan diedarkan kepada wakil Ketua Kelas masing-masing mulai 30 Januari 2013 dan juga boleh didapati di Pusat Kegiatan Pelajar. Pencadang dikehendaki menghantar borang pencalonan tersebut selewat-lewatnya pada 4 Februari 2013 (Isnin) sebelum jam 5.00 petang di Pusat Kegiatan Pelajar.


Friday, December 14, 2012

1 Januari 2013, bermulalah sejarah baru


Sukacita dimaklumkan bahawa 1.1.2013, bukanlah hari kelepasan am bagi negeri Kedah dan tarikh bagi bermulanya semester 1/2013 adalah pada 1.1.2013. Sama dengan kalender persekolahan bagi negeri Kedah.


Sekali lagi ditegaskan bahawa 1 Januari adalah Hari Kelepasan Am Negeri, bukan Hari Kelepasan Am Persekutuan.. ada 5 negeri tak ambil cuti tahun baru 2013 iaitu johor, KEDAH, kelantan, perlis dan terengganu.


Rancanglah perjalanan pulang anda ke Ipg Kampus Darulaman dengan sebaik mungkin. Semoga selamat dalam perjalanan kembali berjuang di bumi jelapang padi ini...

Semoga anda semua lebih bersemangat untuk memulakan semester baru dengan semangat yang baru....

Riadah JPP (Bowling)

Assalamualaikum & salam Kedah sejahtera.

Alhamdulillah, pada 16 Oktober yang lalu, barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013 telah mengadakan satu aktiviti riadah bersama-sama bertempat di Jitra Mall. 

Melalui aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan kami, di samping mengurangkan tekanan menghadapi peperiksaan akhir semester. 

Bersedia...!
Lempar....!
Hati-hati ya!
Baling le, dok pegang bola jee!

Tudia, banyaknya harta...

Fuyooo... 
Bahagianya...
Macam Ustaz Azhar Idrus lee...

Ini bola... B+O+L+A

Macam nie ye cara nak pegang bola murid-murid...

Gandingan bersatu ...  


Wajah-wajah keceriaan para pemenang 



Sekalung ucapan tahniah kepada para pemenang!

Ceria walaupun penat.

"Semoga ukhwah yang terbina berkekalan... bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...