Tuesday, July 10, 2012

Lawatan Penanda Aras IPG Kampus Ipoh


Assalamualaikum dan salam aspirasi...

Syukur ke hadrat Ilahi, pada 7 hingga 8 Julai 2012, IPG Kampus Darulaman telah menerima lawatan daripada IPG Kampus Ipoh.  Dengan kehadiran ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ipoh sesi 2012/2013, pelbagai pandangan dan pendapat yang dikongsi melalui aktiviti diskusi yang dijalankan antara kedua-dua wakil pelajar IPG.

Antara memori yang sempat dirakam oleh lensa JPP IPG Kampus Darulaman.

Titik permulaan ukhwah dibina melalui sesi taaruf.

Ucapan alu-aluan oleh YDP IPG Kampus Darulaman.

Ucapan perkenalan oleh YDP IPG Ipoh.

Santapan ayam bakar dan sosej untuk meraikan tetamu.

Barisan JPP 2012/2013 dari IPG Kampus Ipoh yang sedang menjamu selera.

Barisan pemimpin ayu yang tidak melepaskan peluang bergaya di hadapan lensa JPP IPG Kampus Darulaman.

Suasana semasa sesi diskusi antara kedua-dua buah IPG.

Diskusi bersama-sama membincangkan aktiviti2 JPP.

:)   Seusai perbincangan. Senyum!  (:

Kenangan sebelum menjamu selera.

Jom pekena dulu sebelum balik... Senyum lagi!

Cenderahati kenangan buat IPG Kampus Ipoh.


Memori terakhir sebelum berpisah.

JPP IPG KAMPUS DARULAMAN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DI ATAS LAWATAN 37 ORANG AHLI JPP IPG KAMPUS IPOH SEMPENA LAWATAN PENANDA ARAS KE INSTITUT KAMI


SEMOGA LAWATAN INI MENJADI TITIK TOLAK PERSAHABATAN DI ANTARA KITA.

SEGALA SALAH DAN SILAP SEPANJANG KUNJUNGAN ANDA KE SINI KAMI HARAP DIMAAFKAN.

Kalau ada sumur di ladang,
bolehkah kami menumpang mandi,
kalaulah ada umur yang panjang,
bolehkah kita berjumpa lagi?

" UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADAA"

Thursday, July 5, 2012

Isu Tuntutan Tambang


SALAM PERPADUAN, SALAM 1 MALAYSIA.

MOHON PERHATIAN SEMUA PELAJAR PISMP.

Satu Perbincangan telah diadakan antara saya bersama YDP JPP pada jam 11.00 pagi 05.07.2012 (Khamis) di Bilik Penolong Akauntan, IPG KDA. Ada bersama adalah Pn. Nor Aishah bt Din (PT yang menguruskan Elaun dan Tambang Guru Pelatih IPG KDA).

Satu persetujuan telah dicapai dalam perbincangan tersebut bagi menyelesaikan masalah yang timbul berkenaan tuntutan tambang.

1. Bagi semua Pelajar PISMP yang telah balik kampung pada cuti Semester 25.05.2012 hingga 09.06.2012 dan mahu menuntut tambang perjalanan sama ada Pelajar Semenanjung mahupun Sabah/Sarawak, sila kemukakan permohonan yang lengkap melalui Ketua Kelas/Wakil Kelas (Sertakan bersama Senarai nama) ke Unit Kewangan & Akaun dalam tempoh 8 hari bermula hari ini 05.07.2012 (Khamis) hingga 12.07.2012 (Khamis) sebelum jam 3.30 petang. Pelajar yang akan menuntut pada tempoh ini tidak layak menuntut pada hujung tahun ini.

2. Bagi mana - mana pelajar yang tidak mahu menuntut tambang perjalanan pada kali ini (Tempoh cuti Semester 25.05.2012 - 09.06.2012, boleh berbuat demikian pada Hujung tahun ini iaitu November 2012. (Prosedur tuntutan adalah sama - melalui Ketua Kelas dan disertakan senarai nama) (Tarikh akhir penghantaran akan dimaklumkan nanti)

Mohon semua pelajar tidak salah faham dengan maklumat yang baru dimaklumkan. Penyataan ini jelas dikemukakan kepada YDP JPP semasa perbincangan pagi tadi.

**Makluman ini adalah terpakai bagi Tahun 2012 sahaja tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

***Sebarang perubahan bagi Tahun 2013 dan seterusnya akan diputuskan dalam Keputusan Mesyuarat Bersama Pengarah & Pihak Pengurusan IPG KDA.

# Perbincangan yang dirancang untuk diadakan pada 05.07.2012 (Khamis) jam 11.00 pagi antara JPP dan wakil pengurusan ditangguh ke satu tarikh sehingga Pengarah kembali bertugas. Satu mesyuarat rasmi akan diadakan. Sehubungan itu, sila kemukakan sebarang permasalahan atau cadangan secara bertulis kepada JPP IPGKDA untuk dibincangkan bersama. Sila ambil maklum.
Sekian, terima kasih.

Tuesday, July 3, 2012

Program Transformasi Pemimpin Mahasiswa Pendidik JPP IPG Zon Utara


Kuala Kangsar menjadi saksi tempat pertemuan kami

Pada 28 Jun 2012 sehingga 1 Julai yang lalu telah berlangsungnya Program Transformasi Pemimpin Mahasiswa Pendidik JPP IPG Zon Utara anjuran bersama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Biro Tatanegara di Kem Bina Negara Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. 


Seramai 25 orang dari Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Darulaman sesi 2012/2013 menyertainya. Program ini dianjurkan bertujuan membina semangat dan cara pemikiran sebagai seorang pemimpin dalam kalangan JPP Zon Utara. Antara IPG Zon Utara yang terlibat dalam program ini ialah IPG Kampus Perlis, IPG Kampus Darulaman, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, IPG Kampus Tengku Bainun dan IPG Kampus Pulau Pinang.


Kami berkumpul seawal jam 8.00 pagi di hadapan Pejabat Kolej Kediaman Pelajar dan selamat sampai di Kem Bina Negara Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak pada jam 2.00 petang. Kami dibahagikan kepada 9 kumpulan yang mana dianggotai oleh kelima-lima IPG Zon Utara. 


Berbekalan semangat kerjasama dan semangat kasih sayang selari Aspirasi 1 Malaysia, kami menjadikan program ini sebagai satu wadah mengeratkan silaturrahim sesama kami dan bertukar-tukar pandangan dan pendapat.

Persembahan Qasidah yang berjaya menyatukan kelima-lima IPG

Antara aktiviti yang disediakan sepanjang program ini berlangsung ialah, sesi bersama IPGM dan sesi bersama pihak Biro Tatanegara (BTN). Selain itu, terdapat juga aktiviti seperti perbarisan pagi, riadah, Kembara Malam pada jam 3.30 pagi, Team Building serta aktiviti PKPK yang memerlukan daya intelek yang tinggi.

(:   Babak lakonan menarik pada Malam Kebudayaan   :)

Program ini dimeriahkan lagi dengan adanya Malam Kebudayaan pada malam terakhir kami disana. Kami juga dihidangkan hidangan BBQ oleh pihak BTN serta hidangan buah durian oleh IPGM untuk santapan malam terakhir kami di KBN Ulu Kenas.


Kami juga diberi kata-kata ransangan dan motivasi oleh Dr. Ghazali untuk lebih bersemangat menggalas tugas sebagai perwakilan pelajar di kampus masing-masing. 

Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai ilmu pengetahuan serta kemahiran-kemahiran baru yang dapat kami perolehi. Semoga kami dapat mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi sepanjang berada dalam program ini.


Ketua Fasilitator, Encik Syukri bin Adnan,
Penolong Pengarah Bahagian Mahasiswa Biro Tatanegara


 Sesi bertukar-tukar cenderahati antara kelima-lima IPG Zon Utara

IPG Pulau Pinang kepada IPG Darulaman

IPG Sultan Abdul Halim kepada IPG Darulaman
IPG Tengku Bainun kepada IPG Darulaman

IPG Pulau Pinang kepada IPG Perlis

Tautan dan Jalinan Mahabbah 5 buah IPG Zon Utara

Versi free style oleh saf pimpinan JPP Zon Utara


I wish you all the best with the responsibility given to you!
Remember, "Anda adalah pemimpin!!!"



Ada imam di antara kita !!!
Aku adalah Pemimpin !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...