Tuesday, April 10, 2012

Berita Baik! Kita dibenarkan PONTENG KULIAH!

Hoho..Teruja sangat dah ni. Rileks2. Tapi sebelum tu jom kita ‘usha’ apa syarat-syaratnya :-

1. Saya sanggup mensia-siakan duit rakyat yang dibayar sebagai elaun saya pada setiap semester. Hm… Tapi apa hukumnya ye? Tepuk dada, tanya IMAN.

2. Saya sanggup membiarkan rakan saya terpaksa menipu dengan menanda kedatangan saya semata-mata nak ‘cover’ saya. Hek eleh, kacang je. Kau tolong tanda je, tak payah la nak skema sangat. Kalau kau tanda aku ponteng, tak kesian ke dekat aku? Nanti dapat Lam-P-T, tak boleh ambil exam. Silap2 hari bulan aku kena buang terus. Kesian aku… Lagipun, kau kan kawan aku yang baik, mesti ‘cover’ punya aku! Cayalah kau.
*Apa gunanya menolong orang, sedangkan dia tak tolong diri sendiri.

3. Saya bersedia agar keberkatan ilmu tu lari jauh2 daripada saya. Setakat pi kelas, dengar pensyarah membebel. Buat apa kan? Boleh baca dalam buku la semua tu.
*Persoalannya sekarang, katakanlah ada pensyarah yang terasa dengan sikap kita ni, agak-agaknya ada kesan tak pada hidup kita? Tepuk dada, tanya akal.

4. Saya bersedia dibalas pada masa hadapan. Bila waktu saya mengajar, murid-murid semua pakat ponteng kelas saya pulak. Ada aku kisah…?

Jadi, sanggup dan bersediakah kita menghadapi syarat-syarat ini? Kalau sanggup, apa lagi? Meh pakat ramai-ramai PONTENG KULIAH! ADA BERANI?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...