Saturday, April 21, 2012

DIARI JPP 2012/2013 : Pengisian Rohani Mingguan

-20/4/2012- Surau Taman Siswa

Mula : 8.30 a.m

"Siapa yang berjalan di jalan ilmu, Allah swt akan memudahkan jalannya ke syurga" 
(Riwayat Muslim)



Slot 1 : Ustaz Hafiz Haji Mustafa Lubis (Pengerusi Sehati)

-Siapa yang menuntut ilmu kerana akhirat, merekalah yang beruntung kerana mendapat petunjuk Allah swt
(Kita sentiasa nak dapat petunjuk daripada Allah swt, tetapi pernahkah kita berusaha ke arah itu?

-Jika niat menuntut ilmu kerana Allah swt > akan ditunjuk jalan sampai kepada Allah swt.
(Ya Allah, kami ingin sentiasa berada di jalan yang akan membawa diri ini sampai kepada-Mu)

         Dunia itu lebih sedikit daripada yang sedikit...
         Pandangannya lebih hina daripada yang hina...
         Dunia akan mengikut sekelompok manusia
         Mereka yang tergilakan dunia
         Akan hidup tanpa arah teraba-raba mencari jalan.

-Jika inginkan kasih datang kepada kita  (seluruh ciptaan samaada yang bernyawa atau tidak), dapatkan dulu kasih daripada Allah swt.
(Kita sering nak dapatkan kasih sayang makhluk, tetapi pernahkah kita tanya pada diri- Sudahkah kasih kepada Allah swt berada dalam setiap nafas yang diberikan)

Slot 2 : Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam AlBanjari

                        ''Besarnya Nikmat IMAN yang Allah swt berikan pada kita''

-Adakah anda sedar, melalui nikmat iman ada yang mengiringinya sampai kepada kita yang tidak ternilai harganya.

1.Iman
2.Kebahagian.
3.Ketenangan.
4.Jaminan dan pemeliharaan Allah swt
5.Harapan yang kuat untuk diampunkan dosa dan selamat di akhirat.

*Kita begitu jauh dengan Rasulullah saw... jauh dari sudut masa.... jauh dari sudut salasilah keturunan... jauh dari sudut geografi... apatah lagi dari sudut kecintaan jika hendak dibandingkan dengan cinta para sahabat Rasulullah saw...

(Namun pernahkah kita bersyukur dipilih dalam nikmat Islam dan Iman, walaupun kita begitu jauh dan tidak pernah menatap wajah kekasih Allah swt ini. Namun Allah swt memberikan nikmat Islam dan iman kepada kita)


*Fahamilah bahawa Allah swt lebih tahu apa yang terbaik untuk kita
Setiap telah tercatat rezeki masing-masing. Ada yang dikurniakan rezeki melimpah ruah. Ada yang dikurniakan rezeki secukup keperluan.. 

fikirkan....

Mengapa ibu bapa bagi duit belanja anak pergi ke sekolah sehari lebih kurang RM3... sekaya mana sekalipun tidak lah sampai beri duit saku ke sekolah RM1000 sehari... APA AKAN JADI KEPADA ANAK YANG DIBERIKAN BANYAK DUIT BELANJA

Fahamilah bahawa Allah swy lebih tahu apa yang terbaik untuk kita...

Allah swt bagi rezeki sikit2, kerana sayangkan kita...kerana nak bagi kita ingat kat Allah swt... manusia kan kalau susah baru ingat Allah swt :)

Nantikan sambungannya....








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...